• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #Spyshot: Aprilia Tuono V4 (2021) Ditunggang Uji, Sedia Cabar Segmen Hypernaked

#Spyshot: Aprilia Tuono V4 (2021) Ditunggang Uji, Sedia Cabar Segmen Hypernaked

August 17, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


IMEJ model naked bike paling panas yang bakal menjengah pasaran dunia tahun depan, Aprilia Tuono V4 dengan ciri sayap aerodinamik MotoGP, tular di media sosial.

Model itu dikesan dalam bentuk seragam kamoflaj, dipercayai sedang diuji penunggang pembangunan Aprilia, Lorenzo Salvadori sekitar Litar Imola, iaitu trek sama digunakan untuk Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK). Penunggang uji dikatakan mencatatkan masa pusingan 1 minit 50 saat, iaitu 3.6 saat di belakang rekod masa Chaz Davies pada 2017.

Antara penambahbaikan besar dilakukan Aprilia adalah memasang fairing depan yang diilhamkan daripada jentera RS-GP 20 baharu dengan komponen winglet agresif pada fasia depan. Keseluruhan bahagian depan Tuono V4 pasti mengingatkan kita kepada jentera MotoGP Aprilia musim ini dengan kelebihan kuasa lebih 200hp apabila memecut keluar dari selekoh.

Tuono V4 dibangunkan menggunakan material gentian karbon dan komponen casis spesifikasi tertinggi. Ramai menyamakan model ini dengan RSV4-X dan bukan Tuono. Jika jentera ini menyertai barisan naked bike sedia ada, ia akan berentap dengan Ducati Streetfighter V4 dan tidak mustahil merampas takhta hypernaked tahun ini.

Namun, Aprilia dan Ducati tidak bersendirian dalam kelas hypernaked kerana Kawasaki memiliki Z H2, manakala MV Agusta menawarkan Brutale 1000RR.

Kedatangan Tuono V4 dengan ciri winglet baharu masih tidak diketahui kerana belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada Aprilia sendiri. Bagaimanapun, tidak boleh dinafikan segmen hypernaked kini menjadi antara segmen motosikal paling kompetitif dalam pasaran dua roda antarabangsa.

BACA >>> Aprilia Lancar RSV4 RR, Tuono V4 1100 RR Misano Edisi Terhad, Cuma Ada 100 Unit
BACA >>> Honda CBR250RR (2020) Indonesia Ada Dua Varian Enjin, Malaysia Dapat Mana Satu?

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia Tuono V4 (2021), Foto Intip, MotoGP, roda2, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev