Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Sportbike Bakal Fenomena? Yamaha YZF-R15 Lancar di Malaysia, Harga RM11,988
Roda2

Sportbike Bakal Fenomena? Yamaha YZF-R15 Lancar di Malaysia, Harga RM11,988

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


RASANYA semua tahu artikel yang kami laporkan sebelum ini mengenai ketibaan sportbike terbaharu, Yamaha YZF-R15 aka R15 ke pasaran Malaysia. Masalahnya sekarang, tidak sangka pula ada pihak Yamaha tersentap dengan apa yang kami paparkan walaupun cuma artikel spekulasi, sesuatu yang biasa dilakukan mana-mana media seluruh dunia. 🤦🏻‍♂️

Kepada anda yang sekian lama menanti ketibaan Yamaha R15, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan ini secara rasmi melancarkan siri sportbike ikonik daripada famili YZF R Series.

BACA >>> Perbezaan Yamaha R15 v3.0: India vs Indonesia, dan Ramalan Versi Malaysia?

Seiring legasi kukuh dan reputasi disegani, HLYM mengumumkan YZF-R15 versi naik taraf, v3.0 sempena Karnival Gen Blu Yamaha yang sedang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. R15 versi naik taraf menampilkan elemen ‘Unbeatable Spirit’ dengan pakej dinamik baru bagi meningkatkan pengalaman tunggangan mengujakan.

Pengarah Urusan HLYM, Datuk Jim Khor berkata, YZF R15 didatangkan dengan kemas kini dinamik dari aspek rekabentuk dan prestasi. Kami yakin sportbike ini akan menjadi penanda aras baharu dalam segmen motosikal jalanan bersesaran 200cc.

Siapa mahu pecah tabung? Cepatttt!!! 🏍🏃🏻‍♂️

SPESIFIKASI YAMAHA YZF-R15

  • Gaya badan aerodinamik
  • Teknologi enjin berkuasa
  • Fork depan terbalik aka USD untuk keseimbangan, ketahanan dan kekuatan lebih baik
  • Frem Deltabox dikemas kini
  • Swingarm aluminium untuk pengendalian lebih stabil
  • Enjin 155cc penyejukan cecair 4V dengan sistem Variable Valve Actuation(VVA)
  • Kuasa 19hp (14.2kW) @ 1000rpm | Tork 14.7Nm @ 8,500rpm
  • Kotak gear manual 6-kelajuan
  • Rekaan depan estetik glaring eyes
  • Gaya kokpit ilham model R1 dan R6
  • Brek cakera depan 282mm untuk lebih keyakinan membrek
  • Lampu depan dan belakang LED
  • Tayar lebar 100/80-17 (depan), 140/70-17 (belakang)
  • Rekaan stereng geometri baharu
  • Klac bantuan dan slipper / Assist & Slipper (A&S) untuk kelancaran penukaran klac dan gear

BACA >>> Spekulasi Terkini! Yamaha R15 Bakal Gantikan FZ150i?

HARGA

Harga cadangan model Yamaha YZF R15 ialah RM11,988 seunit. Jauh lebih murah berbanding dengan apa yang kami ramalkan dalam RM13,000. Ada 3 pilihan warna ditawarkan: biru, hitam dan kuning. Mana satu pilihan hati menarik?

GALERI
HLYM Hong Leong Yamaha Motor R15 Yamaha R15 Yamaha YZF-R15
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 2 Comments

2 Comments

  1. Mohd razmi on 13/01/2019 03:17

    Harga d sabah brapa ya r15 v3 ni..ada lagi murah kah..kalau murah saya maw ni motor ..

    Reply
  2. zack on 14/06/2019 20:10

    kalau buat full loan,bulanan berapa ya?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.