Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Spesifikasi Tesla Model 3 AWD Performance Didedahkan, 0-100kmj Sepantas 3.5 Saat
Roda4

Spesifikasi Tesla Model 3 AWD Performance Didedahkan, 0-100kmj Sepantas 3.5 Saat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/05/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENURUT Elon Musk, prestasi Tesla Model 3 akan ‘mengalahkan mana-mana jentera dalam kelas sama atas trek!’

Setakat ini, Model 3 hanya ada dalam sistem pacuan roda belakang (RWD), motor elektrik tunggal, dan bateri jarak jauh. Versi dual-motor, pacuan semua roda (AWD) juga dikhabarkan akan diperkenalkan, tetapi spesifikasi model itu masih tersimpan rapi.

Bagaimanapun di Twitter, Musk akhirnya mendedahkan butiran tentang Model 3 versi prestasi dan AWD. Dia juga mengesahkan tempahan untuk varian paling berkuasa itu kini dibuka sambil menggambarkan model itu sebagai ‘fiil memandu adalah menakjubkan’ (driving feel is amazing).

BACA >>> Ketahui 12 Perkara Tentang Tesla Model 3 – Kereta Elektrik (EV) Ini Bakal Jadi Fenomena

Tambahan kepada barisan Model 3 ialah trim Performance, terdiri daripada rim 20-inci, spoiler gentian karbon, kabin hitam dan putih dan tetapan dual-motor.  Jentera EV itu dijual pada harga AS$78,000 (RM310,869) berserta opsyen ciri tambahan, tetapi tidak termasuk AutoPilot yang memerlukan kos tambahan.

Musk berkata, anggaran kos adalah sama seperti BMW M3, tetapi lebih pantas 15 peratus, ada pengendalian lebih baik, dan akan ‘mengalahkan apa saja dalam kelasnya atas trek’.

SEPANTAS 3.5 SAAT

Model 3 AWD Performance mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 250kmj. Menurut Musk lagi, jarak perjalanan ialah 498km untuk sekali cas penuh. Jika tidak mahu semua opsyen naik taraf ditawarkan, dan cuma berminat menambah motor kedua untuk AWD, kos diperlukan ialah ekstra AS$5,000 (RM19,887)

Dibandingkan pecutan 0-100kmj dalam 5.1-5.6 saat, dan kelajuan maksimum 209kmj dengan konfigurasi motor tunggal, versi dual-motor AWD mampu memecut 0-100kmj sepantas 4.5 saat dan kelajuan maksimum 225kmj. Menambah motor ekstra juga meningkatkan reliabiliti.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Kenderaan Elektrik (EV)?

Ini kerana satu motor akan dioptimumkan untuk kuasa, manakala satu lagi dioptimumkan untuk jarak. Pada masa sama, kereta itu masih boleh dipandu jika salah satu daripada motor tersebut rosak. Menurut konfigurator online, Model 3 akan berada di pasaran khas untuk pelanggan yang sudah membuat tempahan, dan proses penghantaran Model 3 AWD Performance ini akan bermula Julai ini.

Tesla Model 3
Tesla Model 3
Tesla Model 3

SUMBER: CarBuzz

Elon Musk EV Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Roda4 Sedan Tesla Tesla Model 3 Tesla Model 3 AWD Performance
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Toyota Harrier HEV
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.