Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Skywell Q 2025 – daripada Pengeluar Barangan Elektronik kepada EV!
Roda4

Skywell Q 2025 – daripada Pengeluar Barangan Elektronik kepada EV!

Abang HirataBy Abang Hirata17/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA Xiaomi tampil dengan kenderaan elektrik (EV) pertama, ramai terpegun kerana memang mengagumkan walaupun dengan hanya satu model.

Apa dilakukan Xiaomi adalah peluasan perniagaan, daripada jenama barangan elektronik pengguna kepada kenderaan. Bukan saja Xiaomi, Sony juga ada EV sendiri dipanggil Afeela.

Apa ditunjukkan pengeluar sebegini boleh diibaratkan sebagai ‘growth mindset’ yang mengingatkan kita kepada syarikat terdahulu. Contohnya Toyota bermula sebagai pengeluar alat tenun automatik, manakala Mazda mengeluarkan gabus.

Satu lagi syarikat barangan elektronik pengguna, Skyworth turut menghasilkan kereta melalui subsidiari Skywell dan terbaharu memperkenalkan hatchback Q di Paris.

Berita mengenai Skyworth dan Skywell jarang kedengaran, tetapi sudah mempunyai rakan kerjasama di pasaran tempatan, iaitu Berjaya Corporation. Sebelum itu, Skyworth menjalin kerjasama dengan NexV Auto Alliance.

Skywell sudah bertapak di Britain dan akan menawarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) BE11 (foto atas) pada November tahun ini. Seperti syarikat China lain, Skywell turut mengeluarkan bas, van dan lori.

Sekali pandang, Skywell Q memang menarik dengan rupa depan dan belakang tidak keterlaluan. Ini juga ialah kereta penumpang Skywell pertama dilancarkan di Eropah.

Ciri Skywell Q

  • Ukuran panjang 4,297mm, lebar, 1,836mm, dan tinggi 1,536mm.
  • Dijana dua jenis bateri, dan motor 150kW dalam pacuan roda depan (FWD)
  • Jarak pemanduan lebih 480km.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.9 saat.
  • Tempoh pengecasan pantas (DC) sekitar 20 minit untuk 10-80 peratus @ 25°C).
  • Bumbung ‘Skyroof’.
  • Lampu ambien boleh kustom 128 warna.

  • Unit infotainment skrin sentuh 15.6 inci dan skrin sentuh untuk penumpang belakang.
  • Sistem bunyi Metz dengan lapan pembesar suara.
  • Soket 220V untuk mengecas barangan elektrik seperti komputer riba.
  • Rim sport 18 inci.
  • Dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), terdiri daripada Bantuan Jelajah Pintar (ICA), Sistem Brek Kecemasan Autonomi (AEBS), Bantuan Kekal Lorong (LKA), dan Bantuan Halaju Pintar (ISA).

Skywell Q bakal dilancar di Britain pada suku ketiga 2025 dengan dipakejkan waranti kenderaan tujuh tahun, atau 100,000 batu (100,000km), dan waranti bateri lapan tahun dan 155,000 batu (250,000km).

Mengenai perancangan di pasaran tempatan, perlu tunggu perkembangan selanjutnya kerana memorandum persefahaman (MoU) baru saja dimeterai Jun lalu.

Roda4 Skywell Skywell Q Skyworth
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Thailand Terima Toyota Land Cruiser FJ – SUV Kompak, 166 Horsepower, Dari RM152k

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Honda e:N2, EV Fastback Kini Di Bangkok, 204 Horsepower, Jarak 530 km

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.