Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Škoda Enyaq Cargo, SUV EV Jadi Kenderaan Komersial di UK!
Auto Terkini

Škoda Enyaq Cargo, SUV EV Jadi Kenderaan Komersial di UK!

Abang HirataBy Abang Hirata15/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ADA berita menarik dari Škoda UK! Mereka memperkenalkan tambahan baharu kepada siri Enyaq yang popular, iaitu Enyaq Cargo sebuah van komersial berasaskan SUV elektrik.

Iya, di UK, kereta penumpang menjadi kelaziman untuk diubah kepada kenderaan komersial.

Model baharu ini dibangunkan khas bersama pakar penukaran, Strongs Plastic Products Ltd, dan ia akan ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggan flit melalui Pengurus Flit Kawasan Škoda.

Didaftar Sebagai LCV dan Sudah Ada Tempahan Besar!

Yang menariknya, Enyaq Cargo ini didaftarkan secara rasmi sebagai LCV (Kenderaan Komersial Ringan) dengan Driver and Vehicle Standards Agency (DVSA) sejak baharu lagi.

Pembinaan awalnya adalah sebahagian daripada projek yang ditugaskan oleh National Grid Energy Distribution (NGED) pada tahun 2024.

NGED, syarikat pengendali yang komited terhadap kelestarian, telah pun menempah 70 unit Enyaq Cargo!

Mereka merancang untuk menggantikan kenderaan perkhidmatan lama dengan model elektrik ini, menunjukkan komitmen untuk mengurangkan jejak karbon.

NGED kini mengendalikan lebih 300 van komersial elektrik dan 600 kereta syarikat elektrik, menjadikan mereka salah satu flit EV terbesar di UK.

Praktikaliti dan Prestasi

Enyaq Cargo dibina berasaskan model Enyaq 85 dan 85x, menggabungkan keupayaan pacuan semua roda (all-wheel-drive) dengan ruang dalaman yang direka khas untuk praktikaliti maksimum.

Ruang muatan belakang menggunakan bahan plastik berkekuatan tinggi dan ringan. Ini memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan yang ketat tanpa menjejaskan kecekapan kenderaan.

Dinding sekat yang teguh namun ringan, memisahkan kabin pemandu dari ruang kargo. Ini penting untuk memastikan keselamatan dan keselesaan kedua-dua pemandu dan penumpang di hadapan.

Model ini juga menawarkan pelbagai konfigurasi fleksibel yang boleh disesuaikan dengan keperluan penyimpanan dan operasi unik pelanggan perniagaan, hasil kerjasama dengan pakar penukaran.

Pematuhan Penuh dan Jarak Pemanduan Jauh

Dalam proses pembangunan spesifikasi akhir Enyaq Cargo, Strongs Plastic Products bekerjasama rapat dengan Škoda UK dan DVSA untuk memastikan ia mematuhi sepenuhnya semua peraturan LCV.

Berasaskan model penumpang Edition 85 dan SportLine 85x pacuan semua roda, model-model ini menawarkan jarak pemanduan 578 km dan 534 km (WLTP gabungan).

Kedua-dua varian boleh menggunakan pengecasan pantas DC. Enyaq 85 boleh mengecas sehingga 135 kW, manakala 85x lebih pantas pada 175 kW.

Ini membolehkan pengecasan dari 10% hingga 80% siap dalam masa sekitar 28 minit sahaja!

Dengan ciri-ciri seperti jarak pemanduan yang jauh, keupayaan pengecasan pantas DC, dan sistem pacuan semua roda, Enyaq Cargo dilihat sebagai model yang sempurna untuk memenuhi pelbagai keperluan perniagaan.

Harga dan Ketersediaan

Walaupun Škoda pernah menyesuaikan model-model mereka untuk kegunaan komersial pada masa lalu, ini adalah kali pertama model elektrik bateri ditawarkan secara khusus untuk segmen ini. Enyaq Cargo tersedia secara eksklusif untuk pelanggan flit sahaja.

Untuk harga, Enyaq Edition 85 bermula dari £44,310 OTR (sekitar RM253,584). Manakala, kos penukaran untuk menjadikannya Enyaq Cargo bermula dari £1,815 + VAT (sekitar RM10,381 + VAT).

Harga akhir bergantung pada spesifikasi yang dipilih oleh pelanggan.

ŠKODA Skoda Enyaq Škoda Enyaq Cargo
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
    Auto Terkini

    Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

    04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    04/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
    Auto Terkini

    BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.