Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Sistem Ekzos Penuh Milltek Sport untuk BMW M2 (G87), Harga Mula RM15.7k
Aksesori

Sistem Ekzos Penuh Milltek Sport untuk BMW M2 (G87), Harga Mula RM15.7k

Abang HirataBy Abang Hirata27/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW M2 (G87)
diperkenalkan pada Oktober 2022 dan menarik perhatian peminat automotif dengan rekabentuk unik tanpa gril ginjal lonjong.

Tidak lama selepas diperkenalkan peringkat global, BMW M2 dilancarkan di pasaran tempatan pada Januari lalu yang ditawarkan pada harga bermula RM599,000.

Sebagai model prestasi, pemilik BMW M2 ada pelbagai pilihan aksesori rasmi M Performance seperti ekzos titanium.

Kepada pemilik yang mahukan sesuatu berbeza, Milltek Sport baru saja melancarkan sistem ekzos prestasi tinggi dan antara terawal memperkenalkan komponen itu.

Kerja merekabentuk dan pembangunan ekzos dijalankan di Pusat Pengeluaran Termaju Milltek Sport di Britain. Langkah pertama bermula dengan pengimbasan tiga dimensi (3D) penuh sistem ekzos asal bagi mengenal pasti pengubahsuaian boleh dibuat.

Milltek juga mengubah rekaan asal dan kini dengan silenser belakang lebih kecil dan muncung ekzos GT115. Sistem ekzos itu memberikan lebih karakter, mempertingkat lagi ‘runut bunyi’ dan prestasi BMW M2 yang menjadi model M penuh terakhir menggunakan enjin pembakaran dalaman tunggal.

Sistem ekzos Milltek Sport membolehkan pemandu merasai sepenuhnya kuasa 454hp daripada enjin 6-silinder sebaris 3.0L turbo.

Pemilik yang berminat boleh memesan sistem belakang Resonator Tengah M2 dan juga sistem Kawalan Injap Aktif (AVC) buatan khas.

Sistem AVC membolehkan pemandu mengawal sepenuhnya ekzos menggunakan jari melalui integrasi penuh CAN BUS yang mana operasi membuka dan menutup injap ekzos dan kawalan bunyi enjin dibuat melalui butang kawalan.

Cerakote Black
Brushed Titanium
Burnt/Blue Titanium
Polished
Gentian Kerbon

Selain itu, sistem ekzos Milltek Sport M2 sudah dipasang pada kenderaan demo milik AUTOID dan R44 Performance UK. Milltek Sport juga dalam proses mendapatkan piawaian ECE untuk set ekzos penuh.

Harga set belakang dengan muncung keluli tahan karat bermula £2,628 (RM15,790). Pelanggan juga boleh memilih muncung ekzos lain seperti cerakote black, brushed titanium, burnt/blue titanium, polished dan gentian karbon.

BACA >>> #BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 6×6 (2023) – Modifikasi Ford F-150 Raptor R Lebih RM2j!
BACA >>> BMW Concept Touring Coupé (2023) Kereta Cantik yang Tiada Unit Kedua!

Polished
Cerakote Black
Burnt/Blue Titanium
Brushed Titanium
aksesori BMW BMW M2 BMW M2 (G87) Ekzos Sport Milltek Milltek Sport Roda4 Sistem Ekzos Penuh
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.