Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sikap Manusia Punca Utama Kemalangan, Penunggang Motosikal Paling Ramai Maut
Auto Terkini

Sikap Manusia Punca Utama Kemalangan, Penunggang Motosikal Paling Ramai Maut

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize02/03/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

 

TAHUKAH anda lebih 80 peratus faktor utama kemalangan maut di jalan raya negara ini adalah berpunca daripada sikap manusia?

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata peratusan tersebut adalah rumusan berdasarkan hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang turut mendapati faktor rekaan, infrastruktur dan keadaan jalan hanya menyumbang sekitar 13 peratus kepada kemalangan maut di jalan raya.

Selain itu, kira-kira tujuh peratus kemalangan maut adalah berpunca daripada keadaan kelayakan jalan atau aspek teknikal kenderaan motor yang digunakan.

Penunggang motosikal muncul korban tertinggi di mana lebih 60 peratus kematian akibat nahas jalan raya adalah membabitkan penunggang motosikal.

Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MIROS telah melaksanakan pelbagai program intervensi bagi menangani isu keselamatan jalan raya secara berterusan,” jelas Hasbi.

Tambahnya, program Kesedaran Keselamatan dan Advokasi Terfokus untuk Pengguna Jalan Raya (SAFER) adalah program contoh yang telah dilaksanakan JPJ di seluruh negara dengan menekankan kumpulan sasar berbeza untuk memberi kesedaran mengenai keselamatan jalan raya, khususnya kepada penunggang motosikal.

Kenyataan itu diberikan bagi menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai punca dan penyelesaian dilaksanakan kementerian berkenaan isu kemalangan jalan raya dan kematian akibat nahas.

Hasbi berkata sebanyak 853 program advokasi khas untuk penunggang motosikal, termasuk advokasi khas p-hailing dijalankan antara 2020 hingga tahun lalu. Bagi tahun ini,  JPJ turut merangka pelaksanaan lebih 80 program membabitkan pelbagai skop kempen keselamatan jalan raya di seluruh negara.

Tambahnya, kementerian juga telah meminda modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR), pada 2019 (sekolah rendah), 2020 (sekolah menengah rendah), 2021 (prasekolah dan TASKA) serta 2022 (sekolah swasta), selain sedang membangunkan modul sekolah pendidikan khas (pendengaran dan penglihatan) tahun ini.

Dari aspek memastikan tahap keselamatan dan kelayakan jalan bagi kenderaan motor pula, JPJ mewajibkan semua kenderaan motor baharu yang hendak dipasarkan serta didaftar di Malaysia, untuk melepasi proses kelulusan jenis kenderaan motor.

Tegasnya, semua kenderaan akan diwajibkan mematuhi standard dan peraturan teknikal pembuatan kenderaan yang diiktiraf serta diguna pakai pada peringkat antarabangsa bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

MIROS juga melancarkan program penilaian dan penarafan keselamatan kenderaan motor seperti ASEAN New Car Assessment Program (ASEAN NCAP) dan Malaysia Motorcycle Assessment Program (MyMAP) bertujuan meningkatkan tahap keselamatan kenderaan motor melalui pemasangan teknologi keselamatan baharu serta terkini,” katanya.

Mengenai perancangan masa depan pula, Hasbi berkata kementerian menyasar untuk mengurangkan 50 peratus angka kematian akibat nahas jalan raya menjelang 2023, melalui Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM) 2022-2030.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Hukuman Potong Garisan Kembar Hingga Sebabkan Kemalangan Maut?
BACA >>> Kedah Sasar Kurangkan Kemalangan Maut 40 Peratus Tahun Ini

SUMBER: Berita Harian

Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) JPJ kemalangan maut Nahas Jalan Raya Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.