• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kedah Sasar Kurangkan Kemalangan Maut 40 Peratus Tahun Ini

Kedah Sasar Kurangkan Kemalangan Maut 40 Peratus Tahun Ini

January 19, 2023 By Han Othman Leave a Comment

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KEDAH mensasarkan menurunkan kadar kemalangan maut bawah 40 peratus tahun ini berbanding tahun terdahulu.

Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah, Datuk Azman Nasrudin berkata, bagi mencapai sasaran itu, tujuh strategi penguatkuasaan diperkenal yang akan dilaksanakan pada musim perayaan, terutama Tahun Baharu Cina ini.

BACA >>> Walaupun Terlibat Kemalangan, Jururawat Nekad Bantu Pesakit Bersalin

Azman, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India Kedah berkata, penguatkuasaan akan dilakukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama agensi lain yang berkaitan.

Strategi tersebut adalah pemeriksaan ke atas bas di depoh dan terminal, melaksanakan rondaan berkala di lebuh raya dan jalan utama yang dikenal pasti sebagai ‘black spot’, penguatkuasaan undang-undang motosikal dan penyamaran anggota JPJ sebagai penumpang pengangkutan awam.

“Selain itu, rakaman video di lebuh raya dengan menggunakan kamera kenderaan penguat kuasa turut dilakukan selain menerima aduan awam dan mengadakan ceramah keselamatan jalan raya di jabatan dan agensi Kerajaan serta di Institusi Pengajian Tinggi,” katanya.

Azman berkata demikian pada majlis pelancaran Op Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina 2023 di Sungai Petani, Kedah,  hari ini yang turut dihadiri Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussain.

BACA >>> MOT, KKR Lancar Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Sempena Tahun Baru Cina
BACA >>> CNY 2023: 4 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Johor Malam Esok

SUMBER: Bernama

Related

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aman Shah Hashim, Auto Terkini, Datuk Azman Nasrudin, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kempen Keselamatan Jalan Raya, Op Bersepadu, Superintendan Mohd Mahiri Hussain

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my