Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#FaktaAtauAuta: Siapa Cakap ‘E’ Itu ‘Enough’? SALAH!
Autotainment

#FaktaAtauAuta: Siapa Cakap ‘E’ Itu ‘Enough’? SALAH!

Han OthmanBy Han Othman09/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

'E' pada indikator minyak bukan 'Enough', tapi 'Empty'
DALAM dunia automotif, banyak mitos jalanan yang sering disalah anggap sebagai fakta. Salah satunya : huruf E pada meter minyak kononnya bermaksud Enough (Cukup), bukan Empty (Kosong).

Kenyataannya?

Itu tidak benar. E pada meter minyak memang bermaksud Empty, dan fakta tersebut disahkan hampir semua pengeluar kenderaan dan pakar industri.

Asal Usul Simbol E dan F

Meter indikator bahan api

Simbol E (Empty) dan F (Full) adalah piawaian universal yang digunakan dalam industri automotif global sejak berdekad lama. Setiap kali anda menghidupkan kereta, meter bahan api akan menunjukkan aras semasa, dan apabila jarum mencecah E, ia bermaksud ‘tangki anda hampir kosong’.

Manual rasmi daripada pengeluar seperti Honda, Toyota, Mazda, Proton, Mercedes-Benz dan sebagainya menyatakan perkara yang sama: E = Empty.

Dalam dokumentasi keselamatan dan pemilik kenderaan daripada Pentadbiran Keselamatan Lebuhraya Kebangsaaan (NHTSA) dan portal Car and Driver:

‘E’ means Empty. You’re running on reserve fuel, and it’s time to refuel immediately.”

Walaupun terdapat segelintir individu, termasuk mereka yang bergelar jurutera, mendakwa E itu Enough, tiada sumber teknikal rasmi atau dokumentasi pengeluar yang menyokong dakwaan tersebut.

Masihkah Boleh Jalan Selepas E? Ya, Tapi Jangan Selalu Buat

Meter indikator bahan api
Meter indikator bahan api

Kebanyakan kenderaan direka dengan rizab bahan api (fuel reserve), atau simpanan kecemasan apabila jarum mencecah E. Bagaimanapun, isipadu simpanan itu berbeza mengikut model, ada sekitar 5 liter, dan ada hingga 10 liter.

Inilah sebab anda masih boleh memandu antara 30 dan 80km selepas lampu minyak menyala. Namun perlu diingat, ini hanyalah buffer kecemasan, bukan penanda kenderaan anda ‘masih cukup minyak’ atau ‘cukup untuk 60km’ atau sekian-sekian.

Risiko Jika Sering Tunggu Sampai E

Tabiat sengaja membiarkan tangki hampir kosong terlalu kerap boleh menjejaskan beberapa komponen penting:

  • Pam bahan api terpaksa bekerja lebih keras yang boleh mempercepat kehausan atau kerosakan.
  • Kotoran dari dasar tangki boleh disedut, dan berisiko menyebabkan saluran bahan api tersumbat.
  • Kenderaan boleh mati tiba-tiba, terutama di kawasan berbukit atau jauh dari stesen minyak.

Apa Amalan Terbaik?

Meter indikator bahan api
Meter indikator bahan api
  • Isi semula minyak apabila jarum mula mencecah suku tangki terakhir.
  • Elakkan tunggu lampu minyak menyala, kecuali kecemasan.
  • Sentiasa pastikan tangki bahan api berada dalam keadaan sekurang-kurangnya separuh penuh jika memandu jarak jauh atau ke lokasi luar bandar.

Kesimpulannya, E tetap bermaksud ‘Empty’, bukan ‘Enough’. Walaupun ada buffer, itu bukan alasan menangguh isi minyak. Selain menjaga komponen enjin dan sistem bahan api, anda juga dapat mengelak risiko kereta terhenti di tengah jalan.

Jadi lain kali bila tengok jarum minyak dah dekat E, jangan ambil mudah. Itu bukan cukup, tapi sebenarnya hampir habis.

Jika anda pernah percaya E itu Enough, jangan risau, anda tidak sendirian. Sekarang sudah tahukan, jadi kongsi artikel ini dengan rakan-rakan.

E ialah Empy Fakta atau Auta Indikator E pada Meter Minyak Simbol Bahan Api tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.