Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Shell Malaysia Lancar Koleksi Kereta RC dengan Bluetooth ‘Star Wars Racer’
Aksesori

Shell Malaysia Lancar Koleksi Kereta RC dengan Bluetooth ‘Star Wars Racer’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SHELL Malaysia
sebentar tadi memperkenalkan koleksi kereta kawalan jauh (RC) eksklusif hasil kerjasama dengan The Walt Disney Company Southeast Asia.

Koleksi kenderaan RC itu menggunakan teknologi Bluetooth dan juga koleksi Star Wars Racer pertama dunia, yang menggabungkan inovasi Shell V-Power dan tarikan filem Star Wars.

Ada enam kereta kawalan jauh ditawarkan iaitu:

  • Darth Vader Racer
  • Stormtrooper Racer
  • Darth Maul Racer
  • The Mandalorian Racer
  • Boba Fett Racer
  • BB-8 Racer

BILA JUALAN BERMULA?

Setiap model kereta RC itu akan ditawarkan setiap minggu bermula 6 Oktober (esok) hingga 19 Oktober 2023 di stesen minyak Shell. Ada dua cara anda boleh mengumpul koleksi kereta RC tersebut iaitu:

1. BELI TERUS LEPAS ISI MINYAK

Beli petrol Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing dengan bayaran minimum RM50 dalam satu resit.

Dengan resit RM50 itu, anda perlu buat bayaran untuk kereta RC sebanyak RM49.90 seunit untuk pembelian model di bawah ini:

  • Stormtrooper Racer
  • Darth Maul Racer
  • The Mandalorian Racer
  • Boba Fett Racer
  • BB-8 Racer

2. PERCUMA DENGAN MINYAK PELINCIR

Darth Vader Racer pula hanya boleh dimiliki percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra atau Power dalam pek 4 liter di stesen minyak Shell.

BATERI, KOTAK SIMPANAN

Kepada penggemar dan pengumpul koleksi Star Wars, anda boleh membeli bateri Bluetooth pada harga RM30. Syaratnya sama seperti pembelian model kereta RC.

Pengguna juga boleh memiliki kotak simpanan eksklusif pada harga RM89.90. Caranya, anda perlu buat pembelian petrol Shell V-Power Racing minimum RM80 dalam satu resit.

MENGAPA KOLEKSI STAR WARS?

Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, Seow Lee Ming berkata;

Sambutan terhadap koleksi edisi terhad tahunan kami memang hangat.

“Pengguna Shell V-Power adalah antara paling bersemangat, dan kami tahu cerita Star Wars popular dalam kalangan peminat pelbagai peringkat umur. Koleksi ini menyerlah dan meraikan semangat komuniti dan kami berharap peminat akan teruja apabila berlumba sesama mereka dengan koleksi baharu ini.

“Sama seperti Shell V-Power yang menyemarakkan semangat perlumbaan dalam diri pelanggan, koleksi tahun ini menzahirkan semangat inovasi Shell untuk sentiasa memberikan pengalaman Better by Far buat semua pelanggan.”

Lee Ming berkata, Shell Malaysia ialah syarikat minyak pertama dunia menggabungkan rekabentuk dilhamkan daripada Star Wars dalam bentuk kereta RC dan juga versi digital di Shell Racing App.

Koleksi Star Wars Racer Shell mengekalkan semua ciri istimewa seperti kawalan Bluetooth dan bateri pintar daripada Koleksi Shell Motorsports tahun lalu. Shell Racing App boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play.

aksesori BB-8 Racer Boba Fett Racer Darth Maul Racer Darth Vader Racer Kereta Kawalan Jauh (RC) Koleksi Shell-Star Wars Koleksi Star Wars Racer Shell Malaysia Star Wars Racer Stormtrooper Racer The Mandalorian Racer The Walt Disney Company Southeast Asia.
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Indian Motorcycle sambut aniversari 125-tahun
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

02/03/2026
Alpinestars Tech-Air 5 Plasma
Aksesori

Alpinestars Tech-Air 5 Plasma: Beg Udara Paling Canggih Setakat Ini?

24/02/2026
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Auto Terkini

Shell Malaysia Sambut Ulang Tahun ke-135, Tawar Hadiah Bernilai RM1.35 Juta

09/02/2026
LS2 OF628 Compass
Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

08/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.