Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Shark Keluar Topi Keledar Edisi Terhad – Rai Juara Moto2 (2015-2016), Ada 1,500 Unit Sahaja
Aksesori

Shark Keluar Topi Keledar Edisi Terhad – Rai Juara Moto2 (2015-2016), Ada 1,500 Unit Sahaja

Abang HirataBy Abang Hirata10/02/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

helmet-shark-race-r-carbon-zarco-2017-bg
SESUATU barang ada sebab tersendiri sebelum layak diklasifikasikan sebagai jarang atau rare. Kebiasaannya barang tersebut datang dalam bentuk edisi terhad berdasarkan peristiwa atau had bilangan eksklusif. Di negara kita, apa saja barangan rare memang jadi tumpuan.

Jika anda mengunjungi kedai pakaian terpakai atau bundle, sila perhatikan barisan koleksi barangan yang digantung di dinding atau tersimpan dalam bekas kaca. Harganya pula bukan murah, bermula serendah ratusan hingga mencecah ribuan ringgit.

Jika anda peminat automotif pula, perhatikan saja barangan yang dijual dalam grup media sosial atau laman web jual beli. Baik topi keledar mahupun aksesori lain, harganya memang tinggi. Tambahan pula jika barangan itu dalam kategori luar biasa jarang atau disebut super rare. Tidak perlu pergi jauh, jika anda terserempak Honda EX-5 NOS (new old stock) di kedai motosikal pun sudah boleh bertanya berapa harganya.

RACE-R CARBON ZARCO 2016 WORLD CHAMPION DESIGN

shark-logoBuat peminat atau pengumpul topi keledar muka penuh (full face), Shark Helmets bakal mengeluarkan topi keledar versi replika Shark Race-R PRO Carbon Zarco 2016 World Champion Design dalam edisi terhad, iaitu sebanyak 1,500 unit sahaja menjelang musim bunga ini (Mac – Mei 2017), sempena meraikan kejayaan pelumba tajaan Shark Helmets merangkul dua kali kejuaraan Moto2, Johann Zarco.

JOHANN ZARCO – JUARA DUA KALI MOTO2

Kejayaan Johann Zarco, 26, dianggap luar biasa apabila menjadi pelumba pertama memenangi kejuaraan Moto2 sebanyak dua tahun berturut-turut bagi musim 2015-2016, dan beliau juga satu-satunya pelumba Perancis yang berjaya mencipta rekod tersebut. Bagi musim 2017, Zarco bakal berpindah kelas dan berentap dalam siri MotoGP bersama tim Yamaha Tech 3.

Topi keledar replika Shark Race-R PRO Carbon Zarco tampak menarik perhatian menerusi ciri binaan khusus untuk pelumba dengan sokongan Shark Helmets bagi perlumbaan tahap tinggi. Topi keledar itu ringan, stabil, selesa dan alih udara.

GENTIAN KARBON ARAMID

Topi keledar Shark Race-R PRO Carbon Zarco diperbuat daripada gentian karbon aramid dan mempunyai dua bilah spoiler bagi fungsi aerodinamik semasa kelajuan tinggi. Penglihatan penunggang juga jelas melalui penggunaan visor optikal kelas satu dengan pelbagai ketebalan iaitu 2.8mm di tepi dan 4.25mm (tengah) yang dikatakan hampir sempurna untuk kualiti optikal.

Visor Race-R PRO dilengkapi 4-poin pengikat keselamatan yang dipatenkan bersama lapisan anti-calar pada bahagian luar dan anti-kabus di sebelah dalam. Kepala penunggang diikat kemas menggunakan cangkuk D berkembar dan dilekapkan magnet. Visor juga boleh dicabut dengan cepat (quick release), manakala bahagian dalaman topi keledar boleh ditanggalkan dan dibasuh.

TOPI KELEDAR PALING SELAMAT

sharp-helmet-rating

Siri Race-R PRO diakui antara topi keledar paling selamat dalam pasaran dengan rating 5-bintang ujian SHARP (ujian keselamatan topi keledar). Malah, sudah tampil di podium perlumbaan antarabangsa lebih 150 kali.

Topi keledar replika Shark Race-R PRO Carbon Zarco ditawarkan daripada saiz XS hingga XL pada harga RM2,812.3 (£589.99) dan dipasarkan di Britain. Setiap topi keledar mempunyai nombor siri khas dan pelekat penaja di dalam kotak. Jika anda berminat boleh layari laman web Nevis  atau membuat panggilan jarak jauh ke 01425-478936.

SUMBER: Riderr.co.uk

aksesori helmet Shark Johann Zarco juara Moto2 2015 - 2016 motosikal roda2 SHARK Helmets topi keledar topi keledar edisi terhad Shark
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.