Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Shah Alam Jadi Medan Uji Kebolehsanaan Kenderaan Mikromobiliti
Auto Terkini

Shah Alam Jadi Medan Uji Kebolehsanaan Kenderaan Mikromobiliti

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) melancarkan Medan Uji Regulatori Negara di Shah Alam, Selangor untuk kenderaan mikromobiliti yang membabitkan aspek pengoperasian kenderaan tersebut.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, pelaksanaan medan uji itu bertujuan memantau kebolehlaksanaan operasi penggunaan kenderaan mikromobiliti dari segi penguatkuasaan, pelesenan dan kebolehpakaian infrastruktur mengikut garis panduan disediakan.

BACA >>> Terminal Titiwangsa Bakal Jadi Hab Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur
BACA >>> Penunggang ‘SWAT’ Tunjuk Skil Tunggang Unisikal Atas Jalan Raya Awam

Menurutnya;

Inisiatif medan uji ini akan dijalankan di kawasan yang disediakan infrastruktur sesuai seperti digariskan dalam Garis Panduan Perancangan PLANMalaysia.

“MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) dan syarikat Futurise akan membantu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam pemantauan kebolehlaksanaan medan uji ini dari semua aspek dengan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan semua pengguna mikromobiliti mematuhi peraturan medan uji ditetapkan.”

Hasbi berkata, kenderaan mikromobiliti seperti e-skuter ialah mod pengangkutan yang boleh mengurangkan pelepasan karbon dioksida, dan menjadi penghubung first and last mile untuk memastikan keterhubungan pengangkutan awam sebagai usaha mengurangkan kesesakan jalan raya.

Namun, kita juga perlu memberi perhatian terhadap aspek keselamatan memandangkan penggunaan kenderaan ini di atas jalan adalah sangat berisiko kerana ia digunakan di kawasan yang mempunyai trafik bercampur selain mempunyai perbezaan had laju yang tidak dibina khusus seperti kenderaan bermotor lain.

“Pada 17 Disember 2021, Kementerian mengambil inisiatif melaksanakan larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti tertentu termasuk e-skuter. Namun, Kerajaan tidak mengharamkan penggunaan semua kenderaan itu secara total, penggunaan kenderaan tersebut di pusat rekreasi dibenarkan tertakluk kepada ketersediaan infrastruktur.”

Ketua Bahagian Pengangkutan Bandar MBSA, Norazmizam Alias berkata, inisiatif medan uji itu dijalankan di Seksyen 14  sebelum diperluas ke kawasan Pusat Komersial Seksyen 7 secara berperingkat, dan dijangka mengambil masa setahun.

BACA >>> e-Skuter Beam Solusi Terbaik Pengangkutan Awam di Malaysia
BACA >>> Garis Panduan e-Skuter, Basikal Letrik di Malaysia Hampir Siap, Tak Boleh Lebih 25kmj
BACA >>> Tunggang Skuter Elektrik Atas Jalan Raya KL Boleh Kena Denda RM300, Mula 1 Januari 2021!

SUMBER: Bernama

Datuk Hasbi Habibollah e-Skuter Kementerian Pengangkutan Medan Uji Regulatori Negara Mikro Skuter Mikromobiliti Norazmizam Alias PLANMalaysia roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.