• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Setel Kini di Stesen PETRONAS Seluruh Negara!

Setel Kini di Stesen PETRONAS Seluruh Negara!

February 6, 2020 By MS Leave a Comment

405
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGGUNA kenderaan kini boleh menggunakan aplikasi e-dompet, Setel untuk mengisi minyak di semua stesen Petronas seluruh negara.

Diperkenalkan pada Julai 2018, Setel kini boleh didapati di lebih 700 stesen Petronas di Malaysia dan dijangka diperluaskan ke seluruh negara dalam beberapa minggu akan datang. Aplikasi mobil Setel dibangunkan bagi memudahkan pelanggan Petronas mengisi bahan api kenderaan tanpa perlu berjalan atau beratur panjang di kaunter.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Setel, Iskandar Ezzahuddin berkata, sehingga Januari 2020, Setel mencatatkan lebih 3 juta transaksi dan mendapat sambutan positif daripada pengguna di Lembah Klang.

"Kami kini bersedia menawarkan Setel ke seluruh negara dan memperkenalkan ciri baharu menarik pada bulan-bulan akan datang," katanya.

Setel menggabungkan pembayaran petrol, pembelian runcit dan pengalaman e-dagang dalam satu platform. Setel juga dihubungkan dengan kad Mesra yang membolehkan pengguna memeriksa dan menebus mata ganjaran terkumpul menggunakan telefon pintar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Berhad, Azrul Osman Rani berkata: 

"Ciri-ciri semasa Setel hanyalah permulaan. Kami akan menyediakan lebih banyak ciri serta kemudahan lain bagi menambahbaik perkhidmatan sedia ada."

BACA >>> RON95 E4M Siap Sedia Diisi di Semua Stesen Petronas Seluruh Negara

MENANGI BAUCAR PETROL RM1,000!

Sempena Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) akan datang, pengguna Setel kini boleh mengundi lagu dan artis kegemaran menggunakan aplikasi mobil itu. Seramai 100 pengundi bertuah akan dipilih untuk memenangi baucar petrol bernilai RM1,000 setiap satu.

Setel boleh dimuat turun  secara percuma di iOS melalui Apple Store dan Android melalui Google Play Store. Maklumat lanjut boleh layari www.setel.my.

BACA >>> Petronas Perkenal Minyak Enjin Sprinta dengan Teknologi UltraFlex, Harga Mula RM15

Artikel Berkaitan

405
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, Aplikasi Setel, auto terkini, Azrul Osman Rani, Iskandar Ezzahuddin, Petronas, Petronas Dagangan Berhad (PDB), Setel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my