Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Yamaha R15 Tidak Muncul Sebab Tidak Macam Buat Kuih
Sembang Deras

#SembangDeras: Yamaha R15 Tidak Muncul Sebab Tidak Macam Buat Kuih

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/01/20187 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


OGOS tahun lalu, dunia motosikal Malaysia kecoh sekejap apabila kami melaporkan berita tentang Yamaha R15 V3 sedang ditunggang uji sekitar Sungai Buloh, Selangor menerusi imej spyshot kiriman seorang pembaca. Selepas itu ramai menantikan ketibaan model tersebut, dan krik krik krik…

BACA >>> Yamaha R15 V3 Sudah Masuk Malaysia?

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) semalam pun tidak melancarkan sportbike itu. Ini tidak boleh jadi, kami pun apa lagi, terus saja berjumpa Pengarah Urusan HLYM, Datuk Jim Khor lalu bertanya ‘ayat pancing’;

“Datuk, bilakah R15 akan dilancarkan kerana ramai peminat kami dah tak sabar nak beli?”

Pesanan kepada peminat Yamaha yang selalu bertanya. Jangan pula bila motor sudah ada, tetapi tidak pula mahu beli. Maklumlah, di luar sana memang ada saja spesies poser dua roda yang cakap bukan main bergegar, tetapi duit muka pun tidak mahu letak.

Harga Yamaha R15 V3 Malaysia

Kita kembali dengan jawapan Jim Khor. Katanya , HLYM sebenarnya masih belum memutuskan sama ada mahu membawa masuk R15 V3 atau tidak. Apapun, tinjauan pasaran sudah pun dibuat dengan mengambil kira pandangan pembeli Malaysia tentang produk tersebut.

“Kami masih belum buat keputusan kerana R15 sedang menjalani ujian enduran 10,000km. Bukan senang nak bawa masuk model baharu macam tu saja. Banyak perkara perlu diberi perhatian, seperti hal komponen yang perlu tahan lasak dengan suhu cuaca dan keadaan jalan Malaysia. Lain negara, lain spesifikasi,” katanya.

BACA >>> Yamaha R15 V3 Jengah Pasaran India, Beri Bayangan Awal Spesifikasi Versi Malaysia

Jelas beliau lagi, tidak semestinya model standard di pasaran luar boleh dijual terus di Malaysia. Setiap produk perlu disesuaikan dengan pengguna dan keadaan geografi negara berkenaan.  Jadi, pasukan di bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) mesti melakukan ujian semaksimum mungkin.

Bukan sekadar ditunggang atas jalan raya biasa, dan lebuh raya, tetapi turut membabitkan ujian lain seperti mengharungi terowong air, permukaan off-road dan ekstrem serta pelbagai situasi tunggangan lain.

PRODUK SESUAI PASARAN

Selepas keputusan ujian diperoleh, barulah pasukan R&D akan menemui komponen yang sepadan cuaca Malaysia. Ada kemungkinan komponen asal digantikan komponen lain sebelum diuji semula hingga sebarang kerosakan ataupun kelemahan dapat diminimumkan.

Sebagai pengeluar motosikal, HLYM pastinya tidak mahu timbul sebarang isu panggil semula (recall) akibat kerosakan komponen motosikal ke atas produk baharu yang pasti akan menjejaskan reputasi jenama berkenaan selain meningkatkan kos penggantian.

Jadi, mahu tidak mahu, peminat semua perlu lebih bersabar. Contoh paling mudah, debut Kawasaki D-Tracker sebelum ini terpaksa ditunda selama setahun untuk pasaran Malaysia. Selepas diselidik, kami difahamkan bahawa ujian enduran yang dilakukan pasukan R&D Kawasaki menemui masalah keretakan pada bahagian frem.

TIDAK SEMUDAH MEMBUAT KUIH

Aiman, siapa cakap buat kuih senang?

Proses membawa masuk model baharu pula tidak semudah difikirkan. Tidak semudah membuat kuih yang hanya campurkan tepung, gula, dan inti, kemudian siap. Kalau pun itu kuih, ia lebih kepada menyediakan kuih khas kepada golongan bangsawan dahulu kala yang perlukan lebih ketelitian dan dilakukan dengan betul mengikut prosedur. Kalau tersilap, memang kena potong kepala!

Jadi, selepas ujian enduran selesai, pengeluar perlu memikirkan hal jualan pula. Antara perkara yang perlu diambil kira, jika R15 dibawa masuk, apakah kesan terhadap produk sedia ada seperti Y15ZR dan FZ150i? Semua tahu, pasaran Malaysia tidak sebesar negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Setiap pengeluar di Malaysia memang perlu jadi sangat kritikal tentang jumlah pengeluaran setiap model. Tidak boleh main tabur saja.

BACA >>> Pantra – Motosikal Jipang Jadi Keunikan Penunggang Filipina

Kesimpulannya, walaupun tersiar imej spyshot mana-mana motosikal sedang menjalani ujian enduran, semua itu masih belum menjamin model itu berada di pasaran tempatan dalam masa terdekat. Kita mungkin perlu menunggu lama, ataupun mungkin saja motosikal tersebut tiada dalam senarai model baru yang bakal dilancarkan tahun sekian-sekian.

Bertabahlah.

– Aiman Ino

autotainment HLYM Hong Leong Yamaha Motor motosikal R15 R15 V3 roda2 sembang deras sportbike Yamaha Yamaha R15 Yamaha R15 V3
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026

    7 Comments

    1. Awie on 14/01/2018 22:10

      Senang cita memang tak akan muncul R15 di malaya bukan sebab ujian bagai,, itu alasan semata2…sah y15r tu yg tgh buat duit, paaran indon gan thailand tak jalan banding R15 otu sebenarnya all about marketing, profit

      Reply
    2. Awie on 14/01/2018 22:11

      Senang cita memang tak akan muncul R15 di malaya bukan sebab ujian bagai,, itu alasan semata2…sah y15r tu yg tgh buat duit, pasaran indon gan thailand tak jalan banding R15 itu sebenarnya all about marketing, profit

      Reply
    3. Wak on 14/01/2018 22:34

      Honda CBR150R ak dah 10 tahun dah pakai. Yamaha takyah bawak masuk la.
      Honda pun dah tak bawak masuk CBR150R takde org nak beli.
      Spare part mahal mcm motor Supersport
      Tak laju mcm 2-stroke.

      Reply
    4. dafi lee on 21/04/2018 19:11

      Cepat lahh keluar nk beli….mane lahhh jumpa moto macam nii body cantik tapi tak lebih dari 250 ….

      Reply
    5. Ipman12 on 04/05/2018 13:40

      R15 safery keyless kalau mcm gsx kan bagus ni sng sgt org bak curi

      Reply
    6. Ipman12 on 04/05/2018 13:42

      R15 msok malaysia harap2 keyless dia buat mcm gsx

      Reply
    7. lol on 30/05/2018 12:33

      Harap2 la masuk moto ni. aku nk beli moto pon tak tahu nk beli moto apa dh ni. nak beli moto yg ada tangki besar mcm fz. tp tak minat pulak. Duke? mahai. hahahaha

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.