Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Lelaki Ini Tunjuk Cara Kira Harga Minyak, Tak Perlu Berspekulasi Lagi
Sembang Deras

#SembangDeras: Lelaki Ini Tunjuk Cara Kira Harga Minyak, Tak Perlu Berspekulasi Lagi

Han OthmanBy Han Othman03/05/20195 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENGATA, mengutuk dan mencerca sesuatu isu yang kita dakwa sebagai tidak betul atau jahat memang mudah, tetapi membincangkan benda tidak betul itu secara betul bukanlah mudah dan tidak semua orang mampu melakukannya. Sebaliknya ramai yang lebih suka membiarkan diri dibelenggu emosi dan persepsi kerana takut dikecam. Bersetuju dituduh diberi makan dedak, menentang pula dianggap hero sedangkan ideanya kadangkala cuma tin kosong.

Kali ini menerusi segmen #SembangDeras, kami memuat naik status Facebook milik bekas blogger terkenal, Irmanyadi Idris yang cuba memberikan penjelasan mengenai bagaimana kiraan harga minyak dibuat. Baca dan fahamkan mekanisme diberikan.

Jika masih tidak berpuas hati dan masih merasakan negara ini tetap perlu mensubsidikan bahan api kepada rakyatnya, tuliskan pendapat, cadangan dan kritikan anda kepada kami di editorpandulaju@gmail.com. Asalkan sedap, reti mengeja dan ada akal, kenapa pula kami tidak boleh menyiarkannya. Ingat, dalam automotif tak boleh kiasu dan hati tisu!

BACA >>> #SembangDeras: Adakah Laluan Baharu ECRL Lebih Baik atau Tidak?

* Tulisan di bawah sudah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud dan gaya penulisan penulis asal. Harap maklum.


HARGA MINYAK BAKAL NAIK RM2.70 SATU LITER ANGKARA NAJIB?

1. Ramai orang masih lagi terpengaruh dengan ramalan sesetengah pihak yang minyak akan naik RM2.70 seliter.

2. Ramai yang menyalahkan PM Najib hanya sebab ‘ramalan’ daripada pihak ini.

3. Benda belum jadi pun, bang. Nak marah-marah kenapa?

4. Sebenarnya, anda boleh kira sendiri berapa harga minyak dan anda pun boleh agak-agak harga minyak Mac nanti.

5. Nak mengira harga minyak mudah saja;

6. Harga Proses Minyak + Harga Minyak Ikut Pasaran Seliter = Harga Minyak Kita.

7. Harga Proses Minyak sudah tetap = 0.33 sen.

8. Harga Minyak Ikut Pasaran = Purata harga sebulan minyak 1 tong mengikut harga MOGAS95 Singapore.

9. Untuk dapatkan ini, kena rujuk harga purata minyak tu dalam sebulan, makan masa sikit. Kena rajinlah, kalau tak rajin, kita mudah diperbodohkan.

10. Katakanlah, kita ambil harga purata AS$66 setong (barrel). AS$66 tukar kepada RM ikut kadar RM1 = AS$4.44 bersamaan RM293.04/tong.

11. Satu tong = 159 liter = RM293.04.

12. RM293.04 / 159 liter = RM1.843 seliter.

13. RM1.843 seliter ialah harga minyak sahaja. Sekarang kita campurkan harga proses minyak 0.33 sen.

14. Kita dapat RM2.173 seliter.

15. Harga minyak kita sekarang? RM2.30 seliter. Itu bermakna purata harga minyak Januari dalam AS$68-69 setong.

16. Apakah ada kemungkinan minyak naik RM2.70 seliter? Ada, kenapa tak ada pula?

17. Apabila harga minyak ikut pasaran mencecah AS$78 setong dan kadar tukaran kita masih di antara RM4.30-4.50 dengan dolar Amerika (USD), minyak kita akan naik jadi RM2.70 seliter.

18. Jika anda pantau harga minyak dalam seminggu bulan Februari ni, sebenarnya harga minyak sudah turun kepada aras AS$68 selepas mencecah hampir AS$71.50 setong.

19. Rumusannya, kena ingat dua benda; Harga proses minyak 0.33 sen, setong mengandungi 159 liter petrol. Kemudian, kena rajin semak harga pasaran minyak dan kadar tukaran RM dengan USD.

20. Kondisinya: Ringgit mengukuh berbanding dolar dan harga minyak kekal, harga minyak turun; Ringgit lemah dan harga minyak pasaran naik, harga minyak naik banyak.

21. Hakikatnya, harga minyak sudah sama macam harga ayam mentah, ikan, sayur atau apa saja bahan mentah yang kita beli hari-hari tu. Akan ada naik turunnya.

22. Kos perubatan pun dah naik, jadi rasanya elok kita tak perlu stres sangat pasal harga minyak. Maki Najib pun, bukannya dia yang tentukan harga minyak kita.

23. Harap kita janganlah malas pantau harga dan mengira pada hujung bulan. Asyik-asyik duk tunggu hari terakhir setiap bulan bermain dengan spekulasi dan khabar-khabar angin.

24. Sampai bila masyarakat kita nak terpedaya dengan berita-berita palsu? Faktanya sudah ada, tinggal kita sahaja kena rajin nak kira.

KEMAS KINI 

Disebabkan harga minyak dikira ikut mingguan, maka purata harga perlu mengikut kadar mingguan (7 hari) sebelumnya.

cara kira harga minyak harga minyak Malaysia sembangderas
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Top up kad TNG NFC di plaza tol
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

10/09/2025
Program RXZ Members 7.0 di Terengganu
Sembang Deras

#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

25/08/2025
Sembang Deras

#SembangDeras: Cerita Pasal Pemandu Kenderaan Komersial Tiada Lesen dan Dilema Pihak Berkuasa

30/12/2024
Sembang Deras

#SembangDeras: Kenapa Patut Sokong Plat Khas EV JPJePlate?

09/09/2024

5 Comments

  1. Saga3 on 09/02/2017 20:01

    Haha.. Mantap hujah saudara Irmanyadi Idris! Disertakan sedikit fakta Dan info untuk pengetahuan pembaca. Sembang memang deras tetapi bukan bohong, ia benar belaka.

    Lambat laun petrol ron95 pasti akan naik sehingga rm2.70. Tiada APA yang menghairankan memandangkan harga ditentukan mengikut APM.

    Kaedah pengiraan harga petrol di Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri atau KPDNKK.

    Harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM.

    Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini merupakan harga minyak yang sudah diproses. (Makulumat lanjut tentang MOPS boleh di-Google).

    Harga MOPS dicampur pula dengan beberapa kos lain:

    – Kos operasi (9.58 sen/liter)
    – Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
    – Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
    – ‘Alpha’ yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)

    Jadi dengan mudah:
    MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia

    >>’Jika’ Purata harga MOPS untuk RON95 pada bulan February adalah 196sen. Campur dengan kos lain diatas = 227.77sen atau RM2.28 harga untuk 1 Mac 2017

    Kesimpulannya, semak semua ‘fakta’ dulu. Jangan cepat share. Think first.

    Reply
    • AO on 10/02/2017 00:54

      Cara kiraan merujuk artikel ini, menurut penulis:

      https://www.myfinance.com.my/articles/details/FUEL-FACT-PRICES-TAXES-SUBSIDIES-HOW-ARE-THE-RETAIL-FUEL-PRICES-DETERMINED-IN-MALAYSIA

      Reply
      • Silthice on 10/02/2017 02:09

        Bertahun-tahun kerajaan janji nak kongsikan formula pengiraan APM tersebut tapi sampai sekarang tak ada. Rakyat marah kerana takda ketelusan di pihak kerajaan dan mahukan kerajaan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengurangkan beban kewangan rakyat.

        Reply
    • Saga3 on 11/02/2017 00:16

      Data dari International Energy Agency (IEA), US telah mengurangkan pengeluaran minyak mentah dari 13.9 juta tong sehari kepada hanya 8.7 juta tong sehari jatuh tangga ketiga negara pengeluar.

      Selain negara2 OPEC menyatakan akan menghadkan pengeluaran minyak mentah bagi mengurangkan lambakan stock simpanan yang berlebihan. Juga untuk mengawal kepentingan mereka secara individu dan berkumpulan. Mencipta cara-cara dan makna untuk memastikan kestabilan harga dalam pasaran minyak dengan satu pandangan untuk memusnahkan turun-naik yang tidak menentu dan sebagai keperluan untuk menyelamatkan pendapatan yang stabil kepada negara-negara pengeluar.

      Reply
  2. Arwa on 27/02/2018 16:32

    Saya dapati cara pengiraan ini

    https://www.lookp.com/blog/petrol-price-formula

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.