Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Kenapa Minyak Enjin Kereta Tak Boleh Guna untuk Motosikal?
Sembang Deras

#SembangDeras: Kenapa Minyak Enjin Kereta Tak Boleh Guna untuk Motosikal?

WahidBy Wahid15/02/20213 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAYA terperanjat apabila mengetahui masih ada segelintir penunggang motosikal yang menggunakan minyak enjin kereta untuk motosikal mereka.

Ya, amalan tersebut masih dilakukan walaupun banyak pengeluar dan pelbagai sumber permotoran sudah mengingatkan tentang bahaya perbuatan songsang itu. Malah, saya sendiri pernah lihat kesan penggunaan minyak enjin kereta dalam motosikal. Mungkin anda boleh berkongsi artikel pendek ini dengan rakan atau sesiapa saja orang terdekat anda yang ada niat mahu berbuat demikian.

Kisah ini bermula pada  satu sesi teh tarik aka TTS sekumpulan pemilik motosikal. Seperti biasa, kami berborak macam-macam perkara pasal dunia dua roda. Tajuk perbualan kemudian bertukar kepada penggunaan minyak enjin. Salah seorang member beritahu;

Aku dah tukar minyak enjin kereta. Enjin motor aku sekarang smooth gila!”

Saya terkejut mendengar kata-kata kawan itu, saya jawab lebih kurang macam ni;

Sorry bro. Sebenarnya kita tak boleh guna minyak enjin kereta untuk motor. Rupa minyak enjin kereta dan motor memang macam sama, tapi fungsi tak sama.

“Dalam kereta, bahagian enjin, klac dan kotak gear diasingkan. Minyak enjin tu digunakan dalam enjin saja. Tapi, minyak enjin motor dikongsi juga dengan transmisi dan klac (kecuali skuter).

“Sebab tu salah satu bahan dalam minyak enjin kereta ada friction modifier (pengubahsuai geseran). Tapi minyak enjin motor tak boleh guna friction modifier sebab boleh jadi masalah slipping clutch (klac gelincir). Minyak enjin motor pula dibuat khas supaya sistem klac tak gelincir dan lulus JASO MA atau JASO MA2.

“Minyak enjin motor juga dibuat untuk tahan shearing forces (daya ricih/geser) yang dikenakan gear-gear dalam transmisi. Sebab itulah minyak enjin motor mahal.”

Malangnya, mereka langsung tidak menerima pendapat saya. Sedihkan. 😔

Semua minyak hitam sama je, bro… Mestilah kompeni minyak cakap minyak motor tu lain sebab dia orang nak jual benda lagi mahal.”

Tetapi teguran paling panas dan tidak boleh tahan yang saya dapat adalah;

Kita dah bawa motor lama, kita taulah apa yang bagus atau tak.”

Noktah. Saya pun diamkan diri saja.

Hendak dijadikan cerita, beberapa bulan kemudian, saya jumpa semula salah seorang member TTS hari tu. Dia ceritakan semula apa yang berlaku selepas malam itu.

Daripada tujuh motor yang guna minyak enjin kereta, tiga dah kena tukar klac sebab haus. Yang lagi empat motor dah jadi slipping clutch, tak boleh pecut kuat atau bawa laju walaupun dah tukar balik minyak enjin motor. Naya bro… nayaa…..”

Saya pun minta kawan itu sampaikan salam kepada mereka yang lain. Saya pun dah tak join lagi geng tersebut. Hahaha.

BACA >>> Fakta atau Auta: Bolehkah Guna HDEO Sebagai Minyak Enjin Motosikal?

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Motosikal Biasa Guna Minyak Enjin Skuter?

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Tukar Minyak Enjin Motosikal dengan Betul

Guna Minyak Enjin Kereta untuk Motosikal Minyak Enjin Kereta Minyak Enjin Motosikal minyak hitam sembang deras tip motosikal
Wahid

Artikel Berkaitan

Top up kad TNG NFC di plaza tol
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

10/09/2025
Program RXZ Members 7.0 di Terengganu
Sembang Deras

#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

25/08/2025
Banyak acara permotoran di Malaysia masih menggunakan khidmat 'booth babe'
Auto Terkini

#SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!

12/07/2025
Sembang Deras

#SembangDeras: Cerita Pasal Pemandu Kenderaan Komersial Tiada Lesen dan Dilema Pihak Berkuasa

30/12/2024

3 Comments

  1. Nasir Alza on 21/08/2020 23:28

    Terbaik.

    Reply
  2. jeet on 13/09/2020 12:11

    Bagaimana dengan moto yang pakai dry clutch, macam MT09 dan moto superbike yang pakai dry clutch.

    Reply
  3. Amin on 09/12/2021 16:53

    Mungkin gear dia pula yg tergelincir

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.