Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Dengan Budak Lesen L pun Tak Boleh Sabar Ke? Laju-Laju Nak Pi Mana?
Sembang Deras

#SembangDeras: Dengan Budak Lesen L pun Tak Boleh Sabar Ke? Laju-Laju Nak Pi Mana?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/04/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAH abang terbaca dalam satu artikel luar negara, banyak punca stres berpunca di atas jalan raya, sama ada disebabkan kesesakan trafik ataupun terpaksa berdepan bermacam-macam perangai pemandu dan penunggang. Tidak hairanlah orang kita banyak mengamuk bukan-bukan di Facebook sebab masing-masing stres sangat.

Apa tidaknya, abang bukan saja kena bersabar dengan pemandu yang tak reti bagi signal dan memandu serupa kura-kura di lorong kanan, abang juga terpaksa bersabar dengan pemandu yang tidak sabar. Baca sekali lagi, bersabar dengan pemandu tidak sabar.

Lampu hijau belum menyala, tapi sudah kena hon. Lampu masih merah, pun kena hon juga sebab jalan clear tapi tak jalan. Itu belum kira yang buka tingkap sambil usya bajet gengster. Mujurlah ketenangan abang setenang air di kali dan abang biasanya akan balas provokasi mereka dengan muka spastik sambil julingkan mata dan herotkan lidah ke tepi. Abang harap aksi abang sedikit sebanyak buat mereka terhibur dan tak stres sangat.

Orang-orang macam inilah kalau bersembang bab integriti dan korupsi memang boleh sampai runtuh langit dan bumi. Tetapi diri sendiri pun ‘hauk’ juga. Inilah apa yang nak ditegur saudara Irmanyadi Idris atau nama mesranya Mantot, pasal tabiat sesetengah pemandu kita yang tidak pernah reti nak bersabar, selalu gelojoh dan tergesa-gesa.

Tahu tak sikap tak sabar inilah juga yang mendorong kepada amalan korupsi dalam kalangan masyarakat kita? Misalnya, tak sabar nak kaya, tak sabar nak senang, tak sabar nak pandai, tak sabar nak kahwin. Mereka inilah yang akan guna hujah, ‘orang atas lagi korup kau tak peduli pun.’ ‘Polis langgar lampu kau diam je.’ Bla bla bla…

Setan (dengan izin) mana yang ajar dia kalau orang atas buat jahat, orang kecil macam dia pun boleh buat jahat juga?

Selamat membaca. Abang sudahi mukadimah ini dengan pepatah moden anak muda masa kini, ‘Hang laju-laju tu nak pi mana?’

* Status sudah disunting mengikut skema penulisan PanduLaju tanpa menjejaskan maksud dan gaya asal penulisan penulis. Harap maklum.

Mentaliti Pemandu Kelas Satu

1. Berapa lama kita patut tunggu sebelum kita hon kereta depan yang mungkin terleka, bila lampu sudah hijau?

2. Di Malaysia ni susah nak kata. Kita seolah-olah ada undang-undang yang sebelum lampu hijau menyala pun, kita sudah kena jalan.

3. Apatah lagi kalau kereta depan kita kereta belajar memandu. Aku bawa kereta hari-hari ikut jalan dia orang, banyaklah juga adegan pengguna jalan raya kita yang aku boleh nampak.

4. Orang bagi jari hantu, orang potong kereta sekolah memandu tu dan renung dengan marah, orang yang hon hon hon hon honnnnnnnnnnnnnnnnnn. Jerit BOD*H kepada pelajar yang tengah belajar pun biasalah. Dia belajarlah, bang*ng!

5. Si pelajar itu pun sudahlah gelabah, jadi semakin gelabah.

6. Aku tak tau apa yang anda kejarkan sangat.

7. Banyak negara luar ada undang-undang tidak bertulis (unwritten law); jika pemandu depan leka ketika lampu hijau, kita tunggu. Bagi dia peluang. Minimum 4 saat kita patut tunggu.

8. Kalau dia tak bergerak juga, baru hon. Tapi bukan hon macam kita biasa buat tu; HOOOONNNNNNNNNNNNNNN! Itu bukan hon nak tegur, itu hon – ‘F*CK Y*U!’

9. Hon yang betul ialah dua hon pendek dan cepat. Hon-Hon!

10. Kalau kita boleh kurangkan stres atas jalan raya, rasanya ramai kot orang kita yang boleh hidup lebih bahagia.

SUMBER: Irmanyadi Idris

Irmanyadi Idris pemandu tak reti sabar punca stres sembang deras
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Top up kad TNG NFC di plaza tol
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

10/09/2025
Program RXZ Members 7.0 di Terengganu
Sembang Deras

#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

25/08/2025
Banyak acara permotoran di Malaysia masih menggunakan khidmat 'booth babe'
Auto Terkini

#SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!

12/07/2025
Sembang Deras

#SembangDeras: Cerita Pasal Pemandu Kenderaan Komersial Tiada Lesen dan Dilema Pihak Berkuasa

30/12/2024
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.