Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#SembangDeras: Ambulans Langgar Persona, Siapa yang Bersalah?
Autotainment

#SembangDeras: Ambulans Langgar Persona, Siapa yang Bersalah?

Han OthmanBy Han Othman24/06/20213 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAGI kelmarin tular kemalangan membabitkan sebuah ambulans berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton Persona yang berlaku di Kulim Hi-Tech, Kedah.

Dalam insiden itu, dua ibu dan tiga petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuk pemandu Persona mengalami cedera ringan. Mujurlah tiada sebarang kecederaan menimpa bayi kepada dua ibu tersebut. Semua mangsa dirawat di Hospital Kulim.

BACA >>> #TahukahAnda: Adakah Bunyi Lain yang Lebih Kuat daripada Ekzos Motosikal?
BACA >>> #Spyshot: Proton Persona Dapat Lampu Belakang Baharu? Iriz Ala Crossover?

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/06/ambulans-langgar-proton-persona-kemalangan-kulim.mp4

 

Menurut laporan bomba, ambulans tersebut datang dari klinik kesihatan Padang Kulim dan bertembung dengan pemandu Persona, berusia 50 tahun, di satu simpang jalan berlampu isyarat.

Foto kemalangan di Kulim, Kedah

SOALANNYA, SIAPAKAH YANG BERSALAH?

Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai kemalangan tersebut, tetapi berdasarkan rakaman kamera pemuka (dashcam) yang tular di media sosial, kita dapat mengetahui yang ambulans itu datang dari arah jalan utama.

Pemandu Persona pula bergerak keluar dari simpang, dipercayai kerana lampu hijau jika kita perhatikan beberapa kenderaan dari laluan utama (sama arah dengan ambulans) sudah siap berhenti. Jadi, diapakah bersalah dalam insiden itu?

Kita semua tahu pengguna jalan raya lain perlu memberikan laluan kepada ambulans atas faktor kecemasan. Ambulans juga diberikan kelonggaran untuk tidak mematuhi peraturan jalan raya, tetapi bukankah semua itu perlu dilakukan dengan budi bicara dan akal budi (common sense)?

Janganlah asal namanya ambulans, langsung tak dipedulikan orang dan keadaan sekeliling.

BACA >>> Screambulance – Ambulans Berhantu untuk Peminat Hiburan Seram Jepun

Mungkin ramai tidak tahu, ada kajian (baca SINI) mendedahkan yang bunyi ambulans dapat didengar dan dicam jelas dari jarak 30 meter, iaitu lebih kurang berselang satu tiang lampu jalan sahaja.

Ya, kita mungkin dapat mendengar bunyi itu dari jauh, tetapi itu tidak bermakna kita mudah mengecam dari mana arah bunyi itu datang. Lebih-lebih lagi jika pemandu memasang radio dan dikelilingi pula pelbagai bunyi trafik.

Jadi bukankah lebih elok pemandu ambulans mengambil insiatif sendiri untuk memperlahankan kenderaan seketika, terutama di simpang jalan? Lebih-lebih lagi jika jalan dilalui itu dalam mod lampu isyarat merah yang perlu mereka abaikan.

Sebenarnya ini bukan kes pertama melibatkan kemalangan ambulans di simpang jalan. Penulis sendiri pernah saksikan kemalangan membabitkan ambulans dan pengguna awam dalam insiden yang lebih kurang sama.

Kita bukan hendak menghalang tugas ambulans, tetapi dalam situasi tertentu, kita sendiri terpinga-pinga dan tercari-cari dari mana bunyi siren itu datang. Kadang-kadang langsung tak dengar dan tahu-tahu sudah dekat benar. Laju betul.

Kita pun tidak sampai hati nak tengok ambulans yang sedang membawa orang sakit ditimpa malang semacam jatuh ditimpa tangga. Apa kata anda?

BACA >>> Pesakit Jantung Pulih Selepas Ambulans Terlanggar Jalan Berlubang Besar
BACA >>> Ambulans Tak Cukup, Keluarga Ini Terpaksa Bawa Mayat Ibu Naik Motor

Ambulans Ambulans Langgar Proton Persona Auto Terkini Berita Kemalangan Ambulans Kemalangan Ambulans Kulim Proton Persona
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

09/04/2026
Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
Auto Terkini

MOT: e-Hailing Digalak Peluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

10/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

10/04/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Naik 40 Sen, Diesel Semenanjung Naik 70 Sen

09/04/2026

3 Comments

  1. Proton on 25/06/2021 11:58

    Aduh. Memang kena selalu fokus di jalan, Mata dgn telinga kena alert

    Reply
  2. DemakATM on 25/06/2021 17:25

    Persona la salah. Dah dengar bunyi ambulan kena la perlahan kn kereta. Tgk sekeliling. Dlm ambulan tu kita taktau apa kecemasan dia. Kereta awam kena lg peka dgn keadaan sekeliling. Tak boleh bagi alasan tak dengar bunyi drpd luar kereta lgsg.. Kalau alasan sbb dgr radio/lagu dgn kuat.. Lg la tak masuk akal.. Kalau tak boleh dgr, beri perhatian dkt keadaan sekeliling.. Elok jgn memandu.. Boleh membahayakan pengguna jalan raya yg lain..

    Reply
  3. din on 30/06/2021 18:11

    lebih baik dok rumah.jenis tk mik tau atau tk peka ketika memandu jenis pikir diri sendiri je.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.