SEBELUM apa-apa, mari kita baca dulu petikan dokumen PDF tentang Bajet 2019 di bawah judul Strategi 4: Menjamin Kebajikan dan Kualiti Hidup, usul ketiga (semua ada 8 usul), nombor 69, muka surat 26 dan 27:
Bajet 2019 [klik untuk baca]
69. KETIGA: Pakatan Harapan melalui manifestonya telah berjanji untuk memberi subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah. Atas rasa keprihatinan, Kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik janji tersebut dengan memberi subsidi kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.
Melalui mekanisme ini, Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal. Mekanisme baharu ini dijangka bermula pada suku kedua 2019. Untuk ini, RM2 bilion diperuntukkan dan dijangka dapat memanfaatkan seramai 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.
Bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber di samping membendung ketirisan berikutan perbezaan harga minyak dan penyeludupan rentas sempadan, Kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM).
Memang panjang kalau nak diulas satu persatu, tapi artikel kali ini abang akan sentuh dulu pasal 1 poin utama di atas, iaitu:
- RON95 akan kembali kepada sistem Mekanisme Harga Automatik (APM), iaitu mengikut harga pasaran semasa minyak dunia, sama seperti diperkenalkan Kerajaan lama (PM Najib).
Kepada yang selalu mengikut ruang pojok abang di PanduLaju ini tentu dah faham benar yang abang agak tegas pasal hal ehwal minyak-minyak ni. Walaupun diherdik, dikecam dan dinista (pehhh, nista tu), abang tetap konsisten dengan pendirian yang harga minyak kena ikut pasaran antarabangsa.
BACA >>> #Bajet2019: Subsidi Petrol RON95 30 Sen/Liter untuk Kereta Bawah 1.5L, Motosikal 125cc
Kalau kita rajin bertanya kepada lebai Google dan merujuk pakar ekonomi serta berfikir dengan relaks, kita akan tahu cuma negara pengeluar minyak saja yang dapat berikan harga minyak murah kepada rokyatnya. Sebaliknya, kebanyakan negara bukan pengeluar menetapkan harga ikut harga pasaran minyak dunia. Dan ada pula sesetengah Kerajaan yang siap cukaikan lagi harga minyak tu.
Ya, sejak zaman PM Najib dulu abang rasa apa yang dia buat tu betul. Malah, harga minyak ikut harga pasaran dunia ialah seiring apa dicadangkan YB Rafizi Ramli (di blok Pembangkang ketika itu) seawal 2015. Jadi, apabila Kerajaan baharu nak laksanakan semula sistem apungan yang sama untuk RON95, dipanggil APM (Mekanisme Harga Automatik), sudah tentu abang lega dan setuju. Sebabnya, Kerajaan sekarang dah mula jadi realisitik, dan harap kita sebagai rakyat pun akan turut sama realistik juga.
Janganlah realistik kita itu bermusim atau mengikut parti mana yang disokong. Kerana faktanya sudahpun abang sebut berkali-kali. Cukup-cukuplah kita bergaduh pasal hal minyak ini lagi. Minyak ni benda komonoditi yang tak boleh diperbaharui. Kalau satu telaga minyak sudah habis, memang habis langsung. Dan harganya pula tertakluk kepada turun naik pasaran antarabangsa.
KENAPA NAK IKUT PASARAN DUNIA?
Sekali lagi ulang, kenapa kena ikut harga pasaran dunia? Ini 4 sebab abang bagi.
Pertama, Malaysia bukan negara pengeluar minyak besar. Cuma negara pengeluar minyak besar saja (seperti negara OPEC) yang memberikan subsidi pukal kepada semua rakyat.
Kedua, untuk menstabilkan harga barang. Kalau kita ingat semula zaman sebelum harga minyak ditentukan ikut pasaran dunia, harga barang confirm naik setiap kali Kerajaan umumkan harga minyak naik. Tapi bila Kerajaan umum harga minyak turun, memang jangan haraplah harga barang nak turun. Pelik tapi benar pula, selepas harga minyak ditentukan ikut harga pasaran dunia dan diumumkan setiap minggu sekali, harga barang jadi lebih stabil. Tak merepek-repek.
BACA >>> #SembangDeras: Lelaki Ini Tunjuk Cara Kira Harga Minyak, Tak Perlu Berspekulasi Setiap Bulan
Ketiga, untuk melaksanakan mekanisme subsidi bersasar. Maksudnya, kalau Kerajaan melaksanakan cara seperti sekarang ini, iaitu beri subsidi secara pukal, memanglah orang marhaen (yang disebut B40, M40) dapat manfaat, tapi masalahnya, manfaat sama turut disedut golongan berkemampuan.
Contohnya, sudah tentu tak adil bagi orang susah yang bawak motor dan isi petrol 5 liter dengan depa yang naik Mercedes dan sekali isi 80 liter. Seminggu, orang kaya sapu minyak murah sampai 80 liter, dan kita yang naik motor ni pula guna minyak 5 liter saja seminggu. Jadi subsidi tu nak tolong siapa sebenarnya? Inilah yang kita cakap subsidi ke laut. Sebab itulah harga mengikut pasaran dunia ialah antara cara penetapan harga minyak terbaik untuk Kerajaan dan rokyat, sekurang-kurangnya buat masa ini.
Keempat, elak ketirisan. Ketirisan di sini ialah apabila berlaku penyeludupan minyak di sempadan. Benda ini memang real berlaku. Orang Siam masuk sempadan, isi minyak (sebab minyak kita murah) dan balik semula ke negara depa. Ada yang siap alter tangki, ada yang borong botol banyak-banyak. Macam-macam hal. Tak percaya tanyalah pak kastam kat sempadan sana pasal kes seludup minyak ni. Siapa tak nak harga minyak murah? Samalah kes dengan rokok John yang diseludup. Jadi Kerajaan kena banteras sebab subsidi tu duit kita sebagai rokyat Malaysia!
PERLU KE SUBSIDIKAN MINYAK?
Jadi, apabila harga minyak sudah ditetapkan mengikut harga pasaran dunia, usaha Kerajaan untuk mensasarkan subsidi petrol akan jadi lebih mudah dan terurus. Mekanismenya pula ada banyak metod, cara dan pendekatan, dan itu terpulang kepada bijak pandai Menteri-Menteri dan Yang Berhormat yang kita hantar ke Dewan Rakyat sana untuk membincangkannya.
Ia tetap tak terlepas daripada kelemahan, cuma diharapkan kelemahan itu tidaklah sampai ke tahap buat naya ramai orang. Biar win-win situation. Minimumkan serendah mungkin sebarang potensi ketirisan dan salah guna. Paling penting, biar kumpulan sasaran betul-betul dapat manfaat.
Kalau Kerajaan dulu, no subsidi minyak langsung! Betul-betul ikut pasaran dunia.
Kerajaan sekarang pun nak ikut pasaran dunia (dah mula dah pun dua minggu lepas), dan ditambah pula akan bagi subsidi ikut cc enjin kereta dan motor, khas untuk golongan B40 (sedang kaji, belum umum).
BACA >>> #SembangDeras: Subsidi Minyak 30 Sen Lebih Kurang Sama dengan Nilai BRIM Setahun?
Persoalannya, mana satu lebih bagus? Mana satu lebih bersasar, mana satu tersasar? Nanti kita bincang lagi. Nampak macam panjang benar pula abang tulis ni. Kang ada yang suruh abang lukis la bagai. Mmm...
Alson P says
Pakatan janji nak turun harga ron95 rm1.50, tetapi tahun hadapan naik rm2.50+ jika ikut pasaran dunia.. Mengikut pasaran semasa ron95 berlegar pada harga rm2.50 hingga rm2.75... Subsidi ron95 30sen seliter... !!!!!!!
Alson P says
Bantuan subsidi lebih bersasar dan bagus adalah menaikkan pemberian Bantuan Sara Hidup (dulunya BR1M) kepada rm2000 kepada mereka berpendapatan isi rumah kurang rm3000...
zack81 says
Salam Bang Nin..saya kurang fahamlah..dulu manifesto Pakatan Harapan kata lain..skrg kata lain..boleh lukiskan tak pendapat abg nin bg saya faham...