Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Selepas Thailand, Giliran Indonesia Lancar Yamaha MT-15 (Malaysia Bila Pula?)
Roda2

Selepas Thailand, Giliran Indonesia Lancar Yamaha MT-15 (Malaysia Bila Pula?)

AryonBy Aryon22/01/20194 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS Thailand, giliran Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) pula melancarkan MT-15 untuk pasaran negara seberang itu, sekali gus melengkapkan barisan siri MT selain MT-10, MT-09, MT-07, MT-03 dan MT-25. Atas jalan, MT-15 akan berentap dengan model lawan seperti Honda CB150 StreetFire, Suzuki GSX-S150 dan GSX 150 Bandit.

Di pasaran Asean, MT-15 terlebih dahulu menjengah Thailand pada Oktober tahun lalu. Timbalan Pengurus Besar YIMM, Yordan Satriadi berkata, kehadiran MT-15 mewakili trend motosikal masa kini yang dapat dilihat berdasarkan rekabentuk agresif dengan tambahan ciri terkini, dan prestasu enjin berkuasa.

BACA >>> Thailand Lancar Siri MT Paling Bongsu – Yamaha MT-15!

PENAMPILAN MENGANCAM ‘URBAN BIKE DESIGN’

MT-15 secara keseluruhan mewarisi karakter famili MT dengan rekabentuk bertemakan ‘Urban Bike Design’ yang diserlahkan menerusi rupa depan garang dan agresif. Dapat dilihat dua lampu posisi LED menyerupai mata dan satu lampu utama seakan mulut sedang terbuka yang saling tidak terubah seperti sang predator mahu menerkam mangsa.

BACA >>> 7 Fakta Pantas Tentang Yamaha MT-09 Facelift (2018) – Harga RM47,388

Lampu utama MT-15 menggunakan teknologi projektorLED yang mampu menghasilkan suluhan cahaya lebih terang dan fokus. Imej agresif juga dikesan menerusi garis maskular tangki dan badan dengan perincian sudut tajam. Rekaan pelana yang memanjang ke belakang memberikan posisi duduk yang selesa. Lampu belakang juga menggunakan teknologi LED.

MT-15 turut dilengkapi spidometer digital penuh dengan kontras warna negatif, dan indikator anjakan gear sebagai isyarat masa kepada penunggang untuk menukarkan gear untuk mendapatkan prestasi tunggangan optimum. Bar hendal lebat memberikan posisi menunggang menegak, manakala suis pemati enjin @ cut-off dan penghidup enjin memberikan nilai tambah istimewa kepada model naked bike ini, seakan motosikal besar.

FORK USD, ENJIN VVA

Walaupun bersosok besar, MT-15 sebenarnya lincah dan mudah dikendalikan. Penggunaan fork terbalik (USD) meningkatkan kestabilan tunggangan, dan ditambah pula fungsi swingarm aluminium dan absorber jenis monoshock untuk suspensi belakang.

Trenkuasa dijana enjin 155cc dengan teknologi Aktuator Injap Variabel (VVA) penyejukan cecair berkuasa 19hp dan tork 14.7Nm. Sistem transmisi dilancarkan dengan ciri klac bantu dan gelincir (ASS) yang memudahkan proses menukar gear dibuat, manakala piston tempa dan silinder DiAsil memberikan enjin MT-15 tiga kali ganda ketahanan, dan kekuatan serta lebih ringan.

BACA >>> Yamaha YZF-R15 Satu-Satunya Sportbike Aras Mula di India Dapat ABS Dual-Chanel

Harga? MT-15 dijual pada harga Rp34.95 juta (RM10,119), juga model kedua termahal dalam produk naked bike YIMM selepas MT-25, Rp48 juta (RM13,897), tetapi sedikit murah berbanding sportbike R15, Rp35.9 juta (RM10,394). Sebagai perbandingan, R15 di Malaysia berharga RM11,988 dengan beza harga RM1,594. Jadi, mungkinkah MT-15 versi Malaysia berharga lebih kurang RM11,713? Tetapi ingat, itu bukan harga kedai! Hmmm…

GALERI

SUMBER: DapurPacu

naked bike Roda roda2 Yamaha Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) Yamaha MT-15
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026

    4 Comments

    1. Ali on 20/08/2019 16:12

      Motor mt 15 tidak masuk ke malaysia

      Reply
      • Zulkefli bin Abd Rahman on 24/09/2019 20:17

        Bila Yamaha Mt 15 masuk di Malaysia

        Reply
    2. Affandie Sheriff on 11/10/2020 12:54

      Saya menunggu MT15 . Bila nak masuk m,sia

      Reply
      • Abang GYL on 12/10/2020 10:37

        Dah ada

        https://pandulaju.com.my/mt-25-lancar-di-malaysia-harga-21-5k-mt-15-cuma-previu-lancar-november-ini/

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.