Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Selepas Jepun, Honda AS Pula Ubah Suai Odyssey Hadapi Covid-19
Roda4

Selepas Jepun, Honda AS Pula Ubah Suai Odyssey Hadapi Covid-19

Abang HirataBy Abang Hirata08/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LOGISTIK melibatkan kenderaan pengangkutan adalah antara aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam usaha menangani wabak Covid-19, terutama sekali bagi negara yang terjejas teruk seperti Amerika Syarikat (AS).

Nampaknya Honda AS bertindak pada aras sama seperti Honda Jepun apabila mengubah suai kenderaan pelbagai guna (MPV) Odyssey untuk dijadikam kenderaan kecemasan sebagai persediaan menghadapi wabak tersebut.

BACA >>> Honda Jepun Ubah Suai Odyssey, StepWGN untuk Bawa Pesakit Covid-19Ubah Suai Odyssey, StepWGN untuk Bawa Pesakit Covid-19

Pada 5 Mei lalu, Honda AS menghantar 10 unit Odyssey kepada pihak berkuasa City of Detroit yang sudah siap diubah suai menjadi kenderaan khas untuk membawa pesakit Covid-19 dan juga petugas kesihatan di bandar raya tersebut.

Walaupun berkongsi nama serupa, Odyssey versi AS dan Jepun tidak sama. Odyssey Jepun, yang juga dijual di negara kita, bersaiz lebih kecil berbanding AS. Odyssey AS direka dan dibangunkan khas Honda AS di kilang Honda di Lincoln, Alabama.

KONSEP SAMA SEPERTI ODYSSEY JEPUN

Walaupun berbeza, kedua-dua MPV berkongsi idea sama, iaitu pengadang plastik dipasangkan di belakang kerusi depan bagi melindungi pemandu daripada jangkitan. Honda turut mengubah suai sistem pengudaraan bagi mengekalkan perbezaan tekanan udara antara ruang tempat duduk depan dan belakang.

Segalanya bermula selepas pegawai dari Michigan dan City of Detroit terbaca berita tentang projek khas Honda Jepun itu. Kedua-dua pihak segera menghubungi Honda AS pada pertengahan April lalu untuk bertanya tentang kemungkinan mendapatkan kenderaan sama bagi mengangkut penduduk tempatan dan petugas kesihatan bagi menjalani ujian Covid-19.

Gambarajah Odyssey yang diubah suai Honda Jepun.

Rekabentuk dan kaedah pengubahsuaian dilakukan pasukan sukarela dari Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Honda di Raymond, Ohio, yang terdiri daripada jurutera kanan dan pakar fabrikasi. Projek dibuat di Honda R&D Americas yang juga menjadi lokasi Odyssey dibangunkan.

Tempoh projek bermula konsep hingga siap mengambil masa kurang dua minggu. Semua kerja fabrikasi bahan, pemasangan dan pelarasan perisian untuk sistem perisian ventilasi Odyssey dibuat secara dalaman.

PROSES UBAH SUAI ODYSSEY

  • Panel polikarbonat digunakan sebagai pengadang antara ruang tempat duduk depan dan belakang.
  • Pemegang tangan pada pilar B digantikan dengan pendakap untuk memasang pengadang.
  • Pendakap kedua dipasangkan pada bawah pasak tali keledar kerusi depan.
  • Perisian ventilasi dilaras semua untuk mengekalkan lebih banyak zon tekanan positif bagi mewujudkan perbezaan tekanan antara bahagian depan dan belakang serta mengurangkan potensi pemindahan jangkitan titisan.
  • Jurutera R&D Honda di Ohio merekabentuk perisian yang mengawal sistem ventilasi. Pengetahuan itu membantu dalam pelarasan yang diperlukan.

Secara spesifik, perisian tersebut dilaraskan supaya motor penghembus (blower) yang menggerakkan kipas di depan bergerak lebih laju daripada kipas di belakang belakang.

Hasilnya, perbezaan tekanan udara mewujudkan ruang dengan tekanan lebih negatif di belakang yang mana udara ruang tersebut disalur keluar menerusi corong belakang Odyssey.

BACA >>> Honda Jepun Ubah Suai Odyssey, StepWGN untuk Bawa Pesakit Covid-19

GALERI
Gambarajah ubah suai oleh Honda Jepun
Auto Terkini Honda Honda AS honda odyssey Honda USA Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Proton e.MAS Dominasi EV Malaysia, 51 Peratus Pegangan Pasaran, Lebih 10,500 Unit Dalam 4 Bulan!

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei โ€“ Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.