Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Selepas Hampir Dua Dekad, Citroën C1 Tamat Pengeluaran, Ami Electric Jadi Pengganti
Roda4

Selepas Hampir Dua Dekad, Citroën C1 Tamat Pengeluaran, Ami Electric Jadi Pengganti

Abang HirataBy Abang Hirata27/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CITROËN memang terkenal dengan rekabentuk yang lain daripada lain kerana ada saja idea unik dipersembahkan kepada umum. Walaupun bersaudara dengan Peugeot dalam PSA Group (kini Stellantis), tetapi Citroën tetap hadir dengan gaya tersendiri.

Antara model unik dan comel itu ialah Citroën C1 yang dilancarkan pada 2005 dengan jualan mencecah 1.2 juta unit. Memang bukan calang-calang!

BACA >>> Citroen C5 X (2022) Gabungkan Gaya Badan Sedan, SUV dan Wagon

Kereta segmen-A itu kini sudah mencapai dua generasi dengan model terakhir diperkenalkan pada 2014. Selepas lama di pasaran, Citroën mengumumkan C1, yang dipasangkan di fasiliti Kolin, Republik Czech, ditamatkan pengeluaran.

Satu fakta penting, C1 ialah model usahasama PSA Group dan Toyota yang turut menghasilkan Peugeot 107 dan Toyota Aygo. Malah, tiga bersaudara itu dikeluarkan dari kilang sama di Republik Czech. Apa lagi menarik tentang C1?

BACA >>> Honda S660 Modulo X Version Z Sempena Tribut Model Akhir Keicar Sport

  • Enjin digunakan, 1.0L 1KR-FE dikongsikan daripada Toyota/Daihatsu, manakala versi diesel 1.4L DV4-TD adalah hasil kerjasama Ford dan PSA Group.
  • Generasi kedua C1 diperkenalkan pada 2014 bersama Peugeot 108 dan Aygo, hasil kerjasama ketiga-tiga pengeluar.
  • Kenapa C1 digemari ramai? Ini kerana model itu menawarkan rekabentuk comel yang mana generasi pertama direka pereka Itali terkenal, Donato Coco (sama seperti Peugeot 107) yang turut merekabentuk model Ferrari.
  • Jika generasi pertama sudah comel, generasi kedua C1 (foto atas) pula tampil unik dengan rekaan lampu dua kluster atau tiga di depan.
  • Model ini tampil lebih funky, danCitroën turu t menawarkan varian Airscape dengan bumbung kanvas boleh lipat.
  • Selain rekabentuk, C1 juga mudah dipandu di bandar dengan ukuran kompak 340mm dan lebar 1,600mm.
  • Citroën turut menawarkan ciri kustom kepada pelanggan dengan tiga warna bumbung dengan efek kesan dua tona personal.
  • C1 juga hadir dalam edisi istimewa menerusi kerjasama dengan organisasi dan majalah terkenal.

Model Pengganti Sudah Ada

C1 ditamatkan pengeluaran bukan hanya kerana faktor usia kitaran produk, tetapi juga dipengaruhi perubahan corak kerja, halangan kenderaan di pusat bandar dan keperluan kenderaan elektrik (EV) mampu milik.

Justeru Citroën mahu menumpukan kepada pembuatan satu lagi model cilik, Ami Electric. Bagi Pelanggan masih mahukan model biasa, mereka boleh memilih C3. Berikut ringkasan mengenai model EV tersebut:

  • Dijadual dilancarkan di Britain tahun ini yang direka untuk pemanduan jarak dekat.
  • Jika C1 berukuran 340mm, Ami Electric pula lebih kecil dengan panjang 2,410mm, cukup ideal untuk pemanduan dalam bandar.
  • Saiz begitu membolehkan model itu memuatkan dua penumpang dan dipandu sejauh 74km, manakala tempoh mengecas mengambil masa tiga jam.
  • Walaupun jarak pemanduan ditawarkan singkat, tetapi itu sebenarnya sudah memadai untuk keperluan harian dalam bandar, terutama kepada pengguna yang hanya memandu untuk ulang-alik dari rumah ke tempat kerja.
  • Harganya? Di Perancis, Ami Electric dijual pada harga sekitar AS$7,000 (RM29,350). Lebih menarik, pemandu remaja berusia 14 tahun dibenarkan memandu kereta elektrik ini jika lulus kursus keselamatan jalan raya.
  • Dengan harga semurah itu, termasuk mendapat insentif pengecualian cukai Kerajaan, model ini memang sesuai diimport ke pasaran Malaysia.
  • Namun, apa yang tidak menggembirakan, kereta elektrik ini tiada penyaman udara. 🥲🔥

BACA >> Stellantis Kini Pemilik Penuh Kilang Naza di Gurun, Pengeluaran Peugeot Kembali Aktif
BACA >> Peugeot 508 Sport Engineered – Sentuhan Divisyen Prestasi Tinggi dari Perancis

Citroën C1 Generasi Pertama
Citroën C1 Generasi Kedua
Citroën Ami
Citroen Citroën C1 city car Kereta Bandar PSA Group Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Toyota Harrier HEV
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.