Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selamat Tinggal MINI Clubman, Ini Sejarah Model Ikonik Dengan Pintu Bangsal
Auto Terkini

Selamat Tinggal MINI Clubman, Ini Sejarah Model Ikonik Dengan Pintu Bangsal

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KERETA MINI merupakan khazanah dunia automotif dan layak untuk menerima status istimewa. Selama berpuluh tahun, MINI kekal dengan gaya sebuah MINI.

MINI juga bukan setakat Cooper (Hatch) tetapi banyak lagi model lain sebagai contoh Clubman.

Suatu yang menyedihkan apabila MINI pada 5 Februari mengumunkan pengeluaran Clubman di Kilang MINI Oxford berakhir selepas 55 tahun atau sejak 1969.

Satu identiti utama Clubman ialah pintu belakang jenis terpisah dan kekal dari generasi pertama sehinggi kini.

Sejak diperkenal, lebih 1.1 juta Clubman dikeluarkan dan separuh daripadanya dilahirkan di Kilang MINI Oxford dan dieksport ke lebih 50 negara.

Sorotan sejarah Mini Clubman

Rekaan Clubman boleh dijejaki pada awal 60-an apabila pemilik Mini, British Motor Corporation (BMC) memperkenal dua versi wagon dari model Mini asal iaitu Austin Seven Countryman dan Morris Mini Traveller.

Model itu menggunakan casis lebih panjang dan pintu ala bangsal yang secara automatik menjadikan ruang lebih besar dan praktikal.

Di celah sejarah Mini, ada lagi model menarik iaitu Riley Elf dan Wolseley Hornet yang merupakan Mini dengan but dan lebih mewah. Model-model inovatif tersebut membuka jalan kepada Mini Clubman generasi pertama.

Empat kepada satu

Pada 1967, British Motor Holdings (sebelum itu BMC) mahu memperkemaskan portfolio Mini dan telah melantik pereka terkenal, Roy Haynes bagi menggabungkan kesemua ciri-ciri dari empat model kepada sebuah kereta.

Hasilnya ialah Mini Clubman. Rekabentuk akhir menonjolkan muncung atau bahagian depan yang berbeza dan 10 sentimeter lebih panjang berbanding Mini asal.

Dari situ, tiga model dikeluarkan dengan model saloon pada 1969 dan diikuti Clubman Estate setahun berikutnya.

Model ketiga, 1275 GT tidak menggunakan nama Clubman tetapi berkongsi muncung yang sama dan terkenal dengan kerjayanya sebagai kereta lumba.

600,000 unit Clubman

Era 70-an membawakan model lebih berkuasa dengan enjin 45 bhp dan grafik sisi badan.

Menguasai pasaran kereta selama lebih sedekad, hampir 600,000 Mini Clubman dikeluarkan termasuk 197,000 unit model Estate sebelum diakhiri dengan 1000HL Estate pada 1982.

Bertemu semula selepas 25 tahun

Selepas 25 tahun tanpa pengganti, MINI Clubman dilahirkan semula pada 2007. Walaupun dengan gaya moden, ciri klasik masih kekal seperti pintu belakang yang terpisah.

Satu ciri menarik ialah pintu Clubdoor yang memudahkan laluan untuk penumpang belakang selain tidak mempunyai tiang tengah.

Dipengaruhi Morris Mini Van, MINI memperkenalkan van penghantaran kompak mewah pertama dunia pada 2013 iaitu MINI Clubvan.

Pintu kekal lima namun hanya mempunyai dua tempat duduk. Memuat dan menurunkan barang juga mudah kerana lantainya jenis rata. Model ini boleh membawa muatan sehingga 500 kilogram.

But lebih besar, pacuan semua roda

Clubman generasi ketiga hadir pada 2015 dengan saiz penuh dan pintu belakang seperti kereta biasa selain kapasiti but sehingga 1,250 liter.

Model ini juga menggunakan kotak gear Steptronic 8-kelajuan dan pertama untuk MINI. Lagi ciri pertama seperti brek parkir elektrik dan kerusi larasan penuh elektrik.

Pada tahun berikutknya, Clubman ALL-4 diperkenal dan model MINI pertama menggunakan pacuan semua roda.

Final Edition

Pada 2023 Clubman diraikan dengan model terhad Final Edition sebanyak 1,969 unit yang juga penghormatan kepada tahun pengeluaran generasi pertama.

Model ini dilengkapi gril radiator Shimmer Copper, rim aloi 18 inci Final Edition dan logo khas Final Edition.

Model baharu

Walaupun sudah berakhir, MINI Cooper baharu telah pun diperkenal pada 2023 termasuk Countryman dan varian berprestasi John Cooper Works Countryman.

Bagaimana dengan Clubman? Digantikan dengan model baharu Aceman.

Mini MINI Clubman
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

23/02/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.