Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Seksyen 2 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Dibuka, Percuma Sebulan!
Auto Terkini

Seksyen 2 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Dibuka, Percuma Sebulan!

Han OthmanBy Han Othman22/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini merasmikan jajaran Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Persimpangan Bertingkat SKVE ke Persimpangan Bertingkat SAE yang akan dibuka kepada pengguna lebuh raya bermula tengah malam ini (Rabu, 22 Januari 2025) jam 12:01 tengah malam.

Bahagian lebuh raya yang dibuka ini melibatkan jajaran sepanjang 7.2km dan pengguna kini mempunyai laluan alternatif yang lebih mudah dari Banting menuju Shah Alam, Klang, Putrajaya, Kajang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebaliknya menerusi sambungan terus ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Alexander berkata, pembukaan jajaran ini akan melengkapkan jajaran sebelum ini dari Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan Bertingkat SKVE yang dibuka pada 31 Ogos 2024 lalu.

Pembukaan dua jajaran ini akan mempercepatkan perjalanan dari Shah Alam ke Banting atau KLIA berbanding menggunakan jalan sedia ada, sekali gus memberi impak positif kepada mobiliti penduduk dan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut.

Menurutnya, jaringan perhubungan lebuh raya yang lebih baik ini dijangka menarik pelaburan ke kawasan perindustrian sedia ada seperti Pulau Indah, Telok Panglima Garang dan Bandar Botanik serta merangsang sektor industri dan komersial di sepanjang koridor ini.

Selain meningkatkan kelancaran pergerakan, Lebuhraya WCE turut menyediakan sambungan strategik ke Pelabuhan Klang yang bakal memanfaatkan sektor pengangkutan kargo.

Alexander berkata lagi, pembukaan jajaran ini adalah sebahagian Lebuhraya WCE sepanjang 314.5km yang akan menghubungkan Banting di Selangor hingga Taiping di Perak.

WCE akan menjadi antara pemangkin utama dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, khususnya
sepanjang koridor barat Semenanjung Malaysia, meningkatkan aktiviti pelancongan domestik dan diharap akan mengurangkan kesesakan di lebuh raya utama jajaran Lembah Kelang ke Utara Semenanjung.

Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap WCE membuat promosi mengenai laluan alternatif ini supaya pengguna maklum untuk menggunakannya bagi menyuraikan masalah kesesakan di lebuh raya.

KKR juga menganjurkan kepada pengguna lebuh raya untuk memanfaatkan kemudahan lebuh raya ini sebaiknya selain mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan keselamatan diri, keluarga dan pengguna lain sentiasa terpelihara ketika memandu di lebuh raya, terutama menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina.

 

Auto Terkini Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Lebuhraya Pantai Barat  (WCE) Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Seksyen 2 Lebuhraya WCE
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

20/03/2026
Auto Terkini

Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

20/03/2026
Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
Auto Terkini

JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

18/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

By Shazwan Hisam16/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.