Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sekarang Sudah Boleh Balik Raya Naik Helikopter, Tambang RM17k Sejam Sahaja
Auto Terkini

Sekarang Sudah Boleh Balik Raya Naik Helikopter, Tambang RM17k Sejam Sahaja

Han OthmanBy Han Othman30/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ORANG Malaysia bukan calang-calang kerana mampu balik beraya naik helikopter.  Berita dipetik Sinar Harian Edisi Kelantan ini melaporkan 20 unit helikoper milik syarikat Hazmi Dimasyq Group menawarkan perkhidmatan balik kampung sempena perayaan Aidilfitri ini.

Pemilik syarikat, Hazmi Hanipa, 31, berkata, ini ialah kali pertama perkhidmatan seumpama itu disediakan kepada pengguna Malaysia untuk pulang beraya. Ini kerana sepanjang tiga tahun lalu, perkhidmatan ditawarkan syarikatnya hanya menjadi pilihan ahli perniagaan.

“Ini tahun pertama perkhidmatan sempena Hari Raya. Setakat ini, kami dapat 11 permintaan yang mana paling tinggi ialah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Penerbangan pertama bermula 3 Jun ini dan harga penerbangan ke Kelantan mencecah RM30,000 sehala.

“Kami menyediakan lebih 20 unit helikopter untuk musim raya ini, manakala penerbangan hari biasa melibatkan enam unit sahaja,” katanya.

Hazmi, yang juga anak kelahiran Kampung Renok Baru, Gua Musang, mengakui tidak menyangka perkhidmatan ini mendapat permintaan tinggi, terutama kalangan ahli perniagaan.

“Kelantan saja, kami ada empat penerbangan setakat ini. Kami sediakan dua jenis helikopter iaitu muatan tiga dan enam penumpang. Untuk penerbangan enam penumpang, harganya RM17,000 sejam dan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa tiga jam.

“Alhamdulillah, melihat kepada permintaan, kami akan meneruskan perkhidmatan ini untuk musim perayaan seterusnya,” kata Hazmi lagi.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Hazmi Dimasyq Group Pengangkutan Udara Sewa Helikopter Sewa Helikopter Balik Raya
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

20/03/2026
Auto Terkini

Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

20/03/2026
Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
Auto Terkini

JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

18/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

By Shazwan Hisam16/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.