Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Segmen A+ dalam Dunia Automotif – Realiti Baharu SUV Kompak?
Autotainment

#TahukahAnda: Segmen A+ dalam Dunia Automotif – Realiti Baharu SUV Kompak?

Han OthmanBy Han Othman06/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUV segmen-A+

JIKA anda perasan, makin banyak kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak sekarang muncul dengan gelaran pelik sikit – segmen-A+.

Itu bukan segmen-A, dan bukan juga segmen-B, tetapi berada ‘antara’ kedua-dua segmen tersebut. Jadi, apa sebenarnya segmen-A+ ini? Wujudkah secara rasmi atau sekadar istilah pemasaran pengeluar? Jom kita bedah topik ini!

Komen pembaca keliru pasal SUV segmen-A+

Apakah Itu Segmen A, B, C?

Dalam industri automotif, kenderaan dikategorikan mengikut segmen-A, -B, -C, -D dan seterusnya berdasarkan saiz fizikal seperti panjang, lebar, dan jarak roda (wheelbase), selain tahap prestasi serta kadangkala harga pasaran.

Jenis segmen kenderaan

Nota: Istilah ‘subkompak’ dan ‘kompak’ kadangkala bertindih. Misalnya, SUV seperti Honda HR-V dan Proton X50 biasanya diletakkan dalam segmen-B (subkompak), manakala sedan seperti Honda Civic dan Toyota Corolla tergolong dalam segmen-C (kompak sebenar).

Namun, itu bukan klasifikasi rasmi daripada badan antarabangsa, tetapi lebih kepada ‘konvensyen industri’ yang diterima umum seperti wartawan, jurnalis, pengeluar dan pengguna.

Jadi, Apakah Segmen A+?

Segmen-A+ ialah istilah tidak rasmi yang merujuk kepada model yang masih dibina berasaskan platform segmen-A, tetapi dengan dimensi dan praktikaliti menghampiri segmen-B.

  • Panjang dan jarak roda lebih besar daripada A
  • Tetapi tidak cukup besar atau premium untuk B sebenar
  • Banyak digunakan untuk SUV

Segmen seumpama itu biasanya digunakan pengeluar automotif dari China, Korea dan Asia Tenggara yang mahu menawarkan SUV pada harga mampu milik, yang luas dan lengkap seperti segmen-B.

Kenapa Tiba-tiba Popular?

Kemunculan segmen-A+ ini boleh dikaitkan dengan:

  1. Trend SUV Urban: Permintaan tinggi untuk SUV kecil yang praktikal
  2. Platform Modular: Teknologi seperti Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA) membolehkan kereta kecil dibesarkan tanpa mengubah banyak struktur.
  3. Pengaruh Pengeluar China: Chery, Haval, dan Wuling sering menggunakan label ‘A+‘ untuk menonjolkan nilai tambah berbanding pesaing segmen-A biasa.

Perbandingan Dimensi yang Boleh Lawan Segmen-B!

Contoh realiti:

Walaupun Chery Tiggo Cross disebut sebagai segmen A+, tetapi jarak roda SUV itu adalah lebih panjang daripada SUV segmen-B paling laris Malaysia, Proton X50 (rujuk jadual atas). Jadi, dari segi ruang dalaman dan stabiliti, Tiggo Cross memang layak menjadi lawan kepada segmen-B.

Malah spesifikasi ditawarkan Tiggo Cross juga boleh dikatakan setara dengan model SUV segmen-B di pasaran, walapun Chery sendiri mendakwa pesaing sebenar model itu adalah seperti Honda WR-V dan Perodua Ativa.

Model Segmen-A+ yang Popular

Contoh model segmen-A+ yang popular

Ada Tak Segmen-A+ untuk Sedan, Hatchback?

Jarang dengar kerana istilah segmen-A+ lebih banyak digunakan untuk kenderaan jenis SUV dan crossover. Namun, ada beberapa model sedan dan hatchback yang berada antara segmen-A dan -B:

  • Honda Brio Amaze
  • Toyota Vios generasi awal
  • Proton Saga MC2 (model generasi ketiga, lebih besar daripada A, tetapi kecil daripada B tulen)

Namun pengeluar tidak menggunakan label A+ yang mungkin disebabkan sedan tidak terlalu menumpukan kepada ruang kaki seperti SUV.

Segmen A+ Bukan Mitos, Tapi Juga Bukan Rasmi

Walaupun tidak rasmi, segmen-A+ kini diterima sebagai satu niche penting dalam pasaran, terutama untuk pembeli pertama, famili kecil, dan pengguna bandar. Saiz seperti B, tetapi harga macam segmen-A. Kata orang win-win!

Mahu kenderaan elektrik (EV) kecil? A+ ada. Mahu SUV maskulin dengan bajet bawah RM100,000? Pun A+ juga. Jadi jika selepas iini anda terdengar istilah Segmen-A+, jangan pelik kerana itu bukan gimik kosong, tetapi realiti pasaran hari ini.

Apakah Segmen-A+ autotainment Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV Segmen-A SUV segmen-B tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Zeekr 7X lancar di Menara KL
Auto Terkini

Syarikat EV China Rancang Pemasangan Tempatan Di Malaysia

11/03/2026
Roda4

Volkswagen Tayang Bayangan Golf Generasi Kesembilan

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.