Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Segala Tentang Subgenre Permainan Video Perlumbaan Yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

Segala Tentang Subgenre Permainan Video Perlumbaan Yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman24/10/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

racing-games-bg
PERLUMBAAN adalah antara genre permainan video (games) yang dibangunkan dalam ciri kepermainan sudut pandang orang pertama (first-person) atau ketiga (third-person), di mana pemain akan menyertai pertandingan perlumbaan kenderaan sama ada di daratan, lautan atau udara, termasuk angkasa lepas.

Berdasarkan sejarah, permainan arked, Space Race, bertemakan angkasa lepas ialah games perlumbaan pertama dan dicipta seawal 1973. Games itu memerlukan pemain mengawal kapal angkasa untuk menentang pesawat musuh sambil mengelak komet dan meteor. Malah, games dengan antaramuka grafik hitam-putih itu juga boleh dimainkan dua orang serentak menggunakan kayu bedik (joystick).

Sejak itu, pelbagai permainan video perlumbaan tumbuh bak cendawan selepas hujan dengan pelbagai subgenre baharu. Apakah subgenre games perlumbaan? Mari kita belajar tentang tiga subgenre utama di bawah games perlumbaan:

1. GAYA-ARKED


Anda mungkin menganggap games gaya-arked sama seperti games simulator perlumbaan, tetapi kedua-dua subgenre itu sangat berbeza. Games gaya-arked lebih menumpukan kepada keseronokan dan kelajuan sebagai kriteria utama dalam pembangunan ciri kepermainan.

Jadi, hukum fizik perlumbaan langsung tidak terpakai dalam semua games jenis ini. Misalnya, pemain masih boleh mengejar pelumba di hadapan walaupun sudah ketinggalan hampir satu pusingan litar walaupun pemain lawan langsung tidak buat sebarang kesilapan pemanduan. Pemain juga dihadapkan dengan pelbagai objek rintangan atas trek yang semestinya mustahil wujud dalam situasi perlumbaan trek sebenar.

Dalam banyak kes, pelumba akan berlumba atas jalan raya biasa yang dipenuhi kenderaan awam, termasuk dikejar kereta peronda polis. Malah, pemain boleh melakukan pelbagai aksi lagak ngeri luar biasa seperti melompat menyeberang jambatan, terjun gaung dan merempuh kenderaan lain.

Antara games gaya-arked popular ialah Virtua Racing, Daytona USA, Ridge Racer, Rush, Cruis’n, Midnight Club, Burnout, Out Run dan MotorStorm.

2. SIMULATOR PERLUMBAAN


Ciri kepermainan games jenis ini adalah menumpukan kepada pembangunan pengendalian kenderaan sebenar seperti di dunia nyata, termasuk menawarkan siri perlumbaan sebenar. Maksud situasi sebenar di sini adalah ia bukan sekadar fiil pemanduan, tetapi turut membabitkan rekabentuk dan posisi alatan dalam kabin seperti stereng, kerusi, gear, cermin sisi, pedal minyak, klac dan brek yang diatur sama seperti jentera perlumbaan sebenar. Cuma sesetengah pembangun games tidak menghasilkan rekabentuk luaran sama seperti jentera sebenar kerana dilindungi isu hak cipta.

Berbanding gaya-arked, games simulator perlumbaan lebih memperincikan gaya pemanduan. Anda perlu mengambil selekoh pada titik membrek yang tepat supaya tidak berlaku situasi belok lebih (oversteer) atau belok kurang (understeer). Anda juga perlu memantau prestasi semasa kereta ketika sedang berlumba seperti takat minyak dan keadaan tayar.

Sesetengah games menawarkan opsyen ciri keselamatan terkini seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi (TRC) dan anjakan gear automatik. Games jenis ini biasanya dijadikan modul latihan bagi pelumba amatur dan profesional. Ia kurang popular berbanding games gaya-arked kerana anda perlu memiliki skil memandu tinggi untuk merasai keseronokan bermain.

Bagaimanapun, trend games simulator perlumbaan semakin meningkat naik dan ramai pemain yang kini mahir bermain. Malah, wujud liga games simulator perlumbaan di kalangan komuniti Internet yang menawarkan hadiah lumayan. Antara pembangun games simulator perlumbaan terkenal ialah Motorsport Simulator.

3. PERLUMBAAN KART

Sama seperti gaya arked, games perlumbaan kart dibina tanpa menumpukan aspek mekanikal pemanduan, sebaliknya ciri kepermainan dimeriahkan dengan pelbagai objek halangan, rekabentuk trek di luar norma, dan elemen aksi ekstrem.

Jika gaya arked masih lagi meniru beberapa modus kenderaan sebenar, tetapi perlumbaan kart langsung mengabaikannya. Rata-rata games cuma memerlukan anda mengawal stereng, pedal minyak dan brek. Dalam games tertentu, matlamat anda bukan hanya tiba awal di garisan menamat, tetapi anda berpeluang melambatkan atau memusnahkan kenderaan lawan sama ada secara merempuh, melenyek atau menembak menggunakan senjata khas seperti mesingan, laser dan lain-lain.

Crashing Race (1976) ialah games  pertama yang memuatkan unsur kombat atau perang dalam ciri kepermainan. Bagaimanapun Super Mario Kart (1992) disebut sebagai perintis kepada games genre ini. Hari ini, sesetengah games gaya-arked turut memasukkan ciri kepermainan perlumbaan kart dalam ciri kepermainan mereka untuk memberikan lebih keseronokan berlumba.

autotainment Daytona USA games games perlumbaan genre permainan video perlumbaan permainan video simulator perlumbaan Super Mario Kart
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.