• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sebulan di Pasaran, SYM VF3i 185 LE Catat Jualan 2,500 Unit!

Sebulan di Pasaran, SYM VF3i 185 LE Catat Jualan 2,500 Unit!

July 7, 2020 By AI Leave a Comment

8.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUPERMOPED edisi terhad SYM VF3i 185 LE mencatatkan angka jualan luar jangkaan apabila 2,500 unit terjual sejak dilancarkan Mei lalu. Wakil pengedar, MForce Bike Holdings Sdn Bhd komited untuk cuba memenuhi tempahan pelanggan secara berperingkat.

Pengurus Besar Operasi MForce Bike, Asri Ahmad berkata, VF3i 185 LE  ialah kapcai pertama Malaysia yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan enjin turut dinaik taraf berbanding model terdahulu.

BACA >>> SYM VF3i LE - Edisi Terhad 5,000 Unit dengan ABS Lancar! Harga RM9,338

“Sehingga hari ini kami dapat tempahan lebih 70 peratus sejak dilancarkan dan pengeluaran model ini akan dikekalkan 5,000 unit sahaja walaupun permintaa amat memberangsangkan ketika ini," katanya.

Asri juga berharap pembeli dapat bersabar sepanjang tempoh menunggu. Pelanggan yang berminat pula boleh membuat tempahan di wakil pengedar sah MForce Bike seluruh Malaysia.

VF3i 185 LE menampilkan beberapa penaiktarafan mekanikal dengan harga jualan RM9,338. Enjin supermoped ini ditala semula untuk menghasilkan kuasa setinggi 19.7hp, meningkat 2hp daripada angka kuasa lama (17.7hp), manakala tork 17.46hp @ 7,500rpm. Sistem transmisi kekal jenis klac manual 6-kelajuan. 

Panel LCD dikemas kini dengan kombinasi analog dan spidometer warna terkini. Visor aero juga dikekalkan yang diberikan percuma untuk model LE dan tuil brek mendapat kemasan aloi.

Dari aspek luaran, perbezaan ketara antara model LE dan biasa adalah warna badan kelabu dan dekal hijau epal, termasuk rim sport.

BACA >>> 100 Unit Yamaha Y15ZR Edisi Ultraman Sedia untuk Ditempah, Cepat Sebelum Habis!

GALERI
VF3 2020 FLYERS FINAL
VF3 2020 FLYERS FINAL
sym-vf3i-le-malaysia-1
sym-vf3i-le-malaysia-4
sym-vf3i-le-malaysia-6
sym-vf3i-le-malaysia-5
sym-vf3i-le-malaysia-2
sym-vf3i-le-malaysia-3
8.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Asri Ahmad, Auto Terkini, Kapcai, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Moped, roda2, super moped, SYM VF3i, SYM VF3i Edisi Terhad, SYM VF3i LE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my