• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 100 Unit Yamaha Y15ZR Edisi Ultraman Sedia untuk Ditempah, Cepat Sebelum Habis!

100 Unit Yamaha Y15ZR Edisi Ultraman Sedia untuk Ditempah, Cepat Sebelum Habis!

June 16, 2019 By AI 1 Comment

FacebookTwitter


NAH, peminat tegar Y15ZR aka YSuku dan adiwira dari Jepun, Ultraman pasti tidak sabar mahu memiliki model edisi terhad, Ultraman Y15ZR yang baru saja dilancarkan ke pasaran tempatan.

Model yang terhad 100 unit ini dibawakan Welly Assorted Sdn Bhd hasil kerjasama dengan Taigaco Sdn Bhd, iaitu syarikat pemegang lesen Karakter Ultraman Klasik Asli di Malaysia, Singapura, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Brunei.

Model Ultraman Y15ZR  ini dikeluarkan eksklusif untuk pasaran Malaysia sahaja dan didatangkan dengan nombor siri khas, lencana edisi terhad, grafik berus angin (airbrush) penuh, pelindung enjin dan radiator, termasuk tuil klac dan brek Rapido.

BACA >>> Geng Y Suku Tumpas - Curi Yamaha Y15ZR, Jual Harga RM2k

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2019/06/VIDEO-Ultraman-Y15ZR.mp4

 

Selain itu, pemilik Ultraman Y15ZR juga akan menerima sijil pengesahan, lencana edisi terhad tambahan, gambar eksklusif belakang tabir dan kemeja-T berserta poskad Ultraman. Semua ini hanya dijual di Welly Assorted Sdn Bhd sahaja pada harga RM12, 688.

Tempahan awal kini dibuka dan kumpulan pertama Ultraman Y15ZR akan mula dihantar kepada pelanggan bermula Julai ini.

BACA >>> Akhirnya Harga Yamaha Y15ZR V2 Diumumkan RM8,168 - Sampai Kedai Sah Lebih RM10k

Penampilan kapcai versi Ultraman ini didatangkan dengan kemasan grafik merah dan warna badan perak mengikut sut adiwira itu. Bahagian rim dan pemegang belakang turut disembur cat merah.

Tunggu apa lagi geng, ayuh tempah sekarang!

GALERI

 

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2019 Yamaha Y15ZR V2, Hong Leong Yamaha Motor, Moped, roda2, Ultraman Y15ZR, Welly Assorted Sdn Bhd, Welly Sg Buloh, y suku, Yamaha

Comments

  1. Wan ghost says

    June 17, 2019 at 12:15 AM

    Fuhhh menarik nie awesome gaya motor… Barang rare nie… Terhangat di pasaran… Kalau dapat beli best nie….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
    Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
  • Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
    Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my