Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Scania Serah Bas Ekspres Dua Tingkat dengan Sistem ADAS kepada Super Nice Express
Auto Terkini

Scania Serah Bas Ekspres Dua Tingkat dengan Sistem ADAS kepada Super Nice Express

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SCANIA Malaysia menyerahkan dua unit bas ekspres dua tingkat yang dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) kepada Super Nice Express.

Sistem ADAS itu terdiri daripada dua ciri iaitu Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Brek Kecemasan Automatik (AEB) yang berfungsi membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Dua teknologi itu menggunakan sistem radar pada  bampar dan kamera yang dipasang atas papan pemuka.

Selain itu, bas dua tingkat Scania K410EB6X2 itu turut hadir dengan Sistem Brek Elektronik (EBS) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard.

Penyerahan dua daripada empat bas ekspres dua tingkat itu disaksikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Sweden, Robert Lejon, Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat, Datuk Azlan Shah Al Bakri, Pengerusi MIROS, Profesor Dr Wong Shaw Voon dan Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Joyce Antar.

Bas dua tingkat itu juga dilengkapi beberapa kamera yang memaparkan visual pemandu, pintu masuk bas, pintu ke ruang Kelas Bisnes (Business Class), pandangan dalam Kelas Bisnes dan situasi tingkat atas. Semua paparan itu boleh dilihat menerusi satu skrin yang dipasang sebelah kerusi pemandu.

Tingkat bawah bas menyediakan lima kerusi khas untuk Kelas Bisnes, tandas dan ruang pantri, manakala tingkat atas menawarkan 25-kerusi.

Anthony Loke bas ekspres Bas Ekspres Dua Tingkat Datuk Azlan Shah Al Bakri Profesor Dr. Wong Shaw Voon Robert Lejon Scania Malaysia Sistem Pembrekan Elektronik Super Nice Express
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.