Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rumusan Ujian Pramusim Kedua F1 2020, Mercedes Masih Unggul di Depan
Auto Terkini

Rumusan Ujian Pramusim Kedua F1 2020, Mercedes Masih Unggul di Depan

TalibBy Talib03/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINGGU kedua ujian pramusim Formula Satu (F1) 2020 berlangsung sekali lagi di Barcelona bermula 26-28 Februari lalu. Pelbagai siri hilang kawalan, kegagalan sistem enjin, pertukarankedudukan jentera terpantas dan isu ketahanan enjin jentera pasukan berlaku sepanjang minggu itu.

Pasukan seperti Red Bull Racing, Renault dan Ferrari seketika menunjukkan keupayaan bakal mencabar status juara bertahan daripada Mercedes. Bagaimanapun, keputusan akhir ujian menyaksikan Valtteri Bottas masih lagi mengungguli catatan masa buat dua minggu berturut-turut.

Walaupun catatan masa 1m 16.196s, kurang 1 saat daripada catatan minggu lalu, Bottas mempunyai dua masa terbaik untuk keseluruhan ujian pramusim tahun ini.

KEPUTUSAN AKHIR UJIAN HARI KETIGA

Keputusan hari ketiga ujian pramusim kedua.

Hari terakhir ujian pramusim ini cukup memberangsangkan buat pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen. Pelumba Belanda kelahiran Belgium ini mencatatkan masa kurang 0.073 saat di belakang Bottas.

Verstappen menggunakan tayar jenis C4 dan mendakwa jentera, RB16 masih ada banyak potensi. Bagaimanapun beliau hanya melakukan 44 pusingan trek, iaitu jumlah pusingan yang tidak berapa ideal untuk keseluruhan ujian.

Pelumba Renault pula, Daniel Ricciardo pula menduduki tangga ketiga carta dan mencatatkan masa keempat terpantas keseluruhan ujian pramusim. Masa dicatatkan ialah 1m 16.276s menggunakan tayar jenis C5 yang lebih lembut. Namun, pelumba Australia ini hanya mampu melakukan 65 pusingan trek dan menyukarkan Renault mendapatkan jarak jauh dalam dua siri percubaan kali ini.

Max Verstappen
Daniel Ricciardo

Ricciardo turut mengetepikan catatan masa Ferrari di tempat keempat. Bagaimanapun pada sesi pagi, Charles Leclerc mendahului catatan masa ujian dengan 177 pusingan, iaitu pusingan terbanyak antara 14 jentera yang menyertai sesi ujian pramusim ini.

Berdasarkan keseluruhan ujian pramusim, jentera Ferrari menunjukkan ketahanan terbaik bagi menghadapi perlumbaan sebenar dengan tidak mengalami sebarang masalahan enjin dan sistem. Selain catatan masa sepusingan yang tidak pantas, Ferrari juga satu-satunya jentera yang tidak merekodkan catatan masa lebih baik daripada ujian masa pramusim 2019.

KEPUTUSAN JENTERA LAIN

Alex Albon
Romain Grosjaen

Pelumba Haas, Romain Grosjaen gagal mencatatkan masa baik. Malah jentera dipandunya terbabas, tetapi mujurlah masih dapat dikawal di Turn 7. Kemudian jentera sama digunakan rakan sepasukannya, Kevin Magnussen untuk mendapat 29 jumlah pusingan. Bagaimanapun, jentera VF-20 itu hanya menghabiskan masa di pit selepas mengalami masalah klac dan ini bukan penamat latihan yang baik buat pasukan yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini.

Nasib lebih malang turut menimpa pelumba Red Bull Racing, Alex Albon yang tersingkir kerana kemalangan di Turn 12. Ini satu-satunya kemalangan yang tiada kibaran bendera merah kerana pelumba yang memiliki kewarganegaraan Thailand itu berada di kedudukan terakhir daripada 14 pelumba lain.

Disebabkan bahagian bawah badan jentera dibuka, penghadang terpaksa digunakan ketika sesi pagi. Namun tiada maklumat lanjut mengenai masalahan sebenar jentera tersebut.

RUMUSAN

Peminat pasukan selain Mercedes pasti sedikit kecewa dengan keputusan pramusim kerana juara bertahan itu masih mengungguli kedua-dua ujian pramusim. Namun, ini bukan gambaran sebenar keputusan perlumbaan sebenar nanti.

Mercedes juga menghadapi masalah unit kuasa di hari kedua yang mana Lewis Hamilton mempersoalkan ketahanan enjin jenteranya.

Enjin sama juga digunakan pasukan William yang menggantikan tiga unit enjin jentera lain. Namun, berdasarkan keputusan ujian, pasukan Mercedes masih mendahului pasukan lain. Dengan baki dua minggu sebelum bermula perlumbaan pertama di GP Australia pada 15 Mac ini, mampukah pasukan lain menghalang Mercedes mengekalkan kejuaraan buat kali ketujuh berturut-turut?

SUMBER: F1.com

 

 

 

Alex Albon Auto Terkini Charles Leclerc Daniel Ricciardo F1 F1 2020 Ferrari Formula Satu (F1) Kevin Magnussen Max Verstappen Red Bull Racing Renault Romain Grosjaen sukan permotoran Ujian Pramusim F1 2020 Valtteri Bottas
Talib

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental di Thailand

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.