• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Puas Hati, Aksi M1 Semakin Baik Walaupun Red Bull Ring Bukan Trek Mesra Yamaha

Rossi Puas Hati, Aksi M1 Semakin Baik Walaupun Red Bull Ring Bukan Trek Mesra Yamaha

August 14, 2019 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


PELUMBA legenda hidup MotoGP, Valentino Rossi menutup saingan GP Austria di Red Bull Ring dengan aksi konsisten sambil mengakui berpuas hati dengan prestasi jentera Yamaha YZR-M1 kerana dapat berada dalam kelompok pelumba depan walaupun belum mampu meraih podium.

Sejak memulakan Latihan Bebas pertama (FP1), Rossi mampu kekal berada dalam kelompok 10 teratas yang cukup penting untuk mendapatkan semula keyakinan diri. Secara keseluruhan, prestasi Rossi dan jentera M1 musim ini semakin baik kerana musim lalu ada banyak perlumbaan yang menyaksikan dia di grid belakang, malah pernah bermula sejauh petak ke-14.

BACA >>> Rossi: Sudah Cukup Bagus Kalau Dapat Saing Sebelah Marquez

Pada final GP Austria lalu, Rossi berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-4 walaupun bermula di petak ke-10. Menariknya, sepantas satu pusingan saja dia sudah berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-5.

GUNA STRATEGI BERTAHAN

Valentino Rossi_1
Valentino Rossi_4

Menurut Rossi, dia menggunakan strategi bertahan kerana cuba bersaing untuk merebut podium. Ada lapan lap dia dilihat cuba mengekori rapat empat pelumba depan. Selepas Jack Miller (Ducati Pramac Racing) terbabas, pelumba Itali itu pantas mengejar Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT) untuk merebut posisi ketiga.

Bagaimanapun, usahanya menemui kegagalan kerana jarak perlumbaan antara dia dan Quartararo mula merosot apabila memasuk 10 lap akhir. Malah ketika saingan berbaki lapan lap, rakan sepasukan, Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) dan Alex Rins (Suzuki Ecstar) mula hampir.

Mujurlah pelumba veteran itu mampu bertahan hingga sampai ke garisan penamat untuk mengakhiri saingan di tempat ke-4.

BACA >>> Rossi Kekal Tenang dan Bersahaja Ambil Trofi Si Gagal Tahunan

Valentino Rossi_2
Valentino Rossi_3

Rossi berkata;

“Ya, aku puas hati dengan pusingan final minggu ini, terutama ketika masa perlumbaan kerana atas kertas, litar ini sangat susah. Tapi kami semakin bagus bermula pagi Jumaat. Kami sedar Yamaha kini lebih kompetitif berbanding tahun lalu.

"Ini sangat penting, perlumbaan adalah bagus kerana aku kembali pulih dengan bermula di petak 10, kedudukan semakin baik dan hampir rebut podium. Sayangnya Dovi, Marquez, Quartararo sedikit lebih cepat. Aku pun tak terlalu jauh dengan mereka."

Keputusan terbaharu itu membuatkan The Doctor  kembali optimis selepas menjalani sesi tunggang uji Yamaha M1 di trek Brno beberapa minggu lalu. Ia nyata membuahkan hasil di Red Bull Ring, tambahan lagi trek itu tidak begitu mesra dengan jentera Yamaha.

”Awal separuh musim kedua tidak begitu baik, tetapi cukup positif berbanding hasil buruk kami separuh musim pertama. Yamaha seperti sudah mula berkerja lebih keras dengan cara yang lebih baik.

Banyak yang harus kami buat. Setakat ini Yamaha semakin baik. Sekarang kami akan ke trek Silverstone dan berharap cuaca cerah. Ia akan jadi minggu yang bagus kerana trek yang menakjubkan," katanya.

BACA >>> Dovi Gagalkan Hasrat Marquez Lengkapkan Kemenangan di Semua Litar MotoGP

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 MotoGP, GP Austria, GP Austria 2019, Monster Energy Yamaha, MotoGP 2019, roda2, sukan permotoran, The Doctor, Valentino Rossi, Valentino Rossi Berlatih, VR46, Yamaha, Yamaha M1, Yamaha YZR-M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my