Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rossi Kesal Sia-Siakan 3 Kejuaraan, Mula Risau Marquez Samakan Rekod 9 Kali MotoGP
Auto Terkini

Rossi Kesal Sia-Siakan 3 Kejuaraan, Mula Risau Marquez Samakan Rekod 9 Kali MotoGP

AryonBy Aryon13/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEKANDA Valentino Rossi akhirnya mengesahkan adindanya, Marc Marquez sudah pun layak bergelar legenda selepas merangkul Kejuaraan Dunia MotoGP buat kali kelapan, termasuk enam kali dalam kelas premier, MotoGP. Malah menurutnya, pelumba Sepanyol itu bersedia mendapat 10 kejuaraan tanpa sebarang masalah.

Rossi juga tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya dengan potensi Marquez untuk merangkul kejuaraan kesembilan musim depan, sekali gus menyamai rekod yang sedia dilakarnya. Tambahan lagi beliau kini masih bergelut dengan jentera Yamaha YZR-M1 berikutan masalah kehausan tayar belakang.

BACA >>> Kisah Santi Hernandez, Mekanik Hebat untuk Marquez yang Pernah Bekerja dengan Rossi

Menurut Rossi, dia sebenarnya lebih risaukan jentera berbanding memikirkan tentang hal podium. Memang ada benar juga kerisauan kekanda kita kerana kalau motor tidak cun dan mantop, macam mana hendak naik podium? Malah, kedudukannya sekarang merosot teruk di belakang dua lagi pelumba Yamaha, Maverick Vinales dan Fabio Quartararo sejak akhir-akhir ini.

Mengenai Marquez lagi, Rossi turut membandingkan bayi Alien itu dengan dirinya ketika di kemuncak prestasi.

Marc sebijik macam aku masa detik terbaik aku dulu kala. Dia dominate habis tahun ni, sama macam aku buat beberapa tahun lepas masa tengah top. Dia cuma buat silap kat Austin, tapi selain tu dia hampir perfect. Aku tak rasa dia payah nak dapat sembilan (kejuaraan).

“Aku kecewa sebab sia-siakan dua atau tiga kejuaraan masa karier dulu. Sebenarnya, aku buang dua dan satu tu depa buat aku kalah. Macam mana pun kira tigalah semuanya. Aku risau dia ligan aku kat sembilan.”

Mungkin ada masih keliru dan kabur, terutama kepada peminat MotoGP BBNU, tentang apa dikatakan kekanda kita. Apa dimaksudkan Rossi dengan tiga kejuaraan yang dibuang itu ialah momen ketika dia berhijrah ke pasukan Ducati pada musim 2011 dan 2012 sedangkan dia ketika itu boleh saja kekal bersama Yamaha untuk melebarkan kejuaraan.

BACA >>> Rossi Tak Dapat Ikut Rapat Quartararo Sebab Tinggi

Namun, apakah pula dimaksudkan Rossi dengan satu lagi kejuaraan yang dia kalah disebabkan pasukan (atau orang lain)? Mungkinkah ketika dia kalah tipis kepada Nicky Hayden pada 2006, atau kepada Jorge Lorenzo pada 2015? Hmmm…

SUMBER: GPOne

Kejuaraan Dunia MotoGP Marc Marquez MotoGP roda2 sukan permotoran Valentino Rossi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.