Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rolls-Royce Black Badge Ghost Tiba Ke Malaysia, Harga Mula RM1.8j!
Auto Terkini

Rolls-Royce Black Badge Ghost Tiba Ke Malaysia, Harga Mula RM1.8j!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BLACK Bagde ialah model kenderaan Rolls-Royce yang mula diperkenalkan kira-kira enam tahun lalu. Segmen itu agak unik dan diwujudkan untuk memenuhi ekspetasi golongan pengguna muda yang memiliki perwatakan luar biasa yang mahu kelainan daripada pengeluar kenderaan super mewah tersebut.

Siri Rolls-Royce Black Badge bermula dengan model Wraith dan Ghost pada tahun 2016 serta disusuli tawaran model Dawn setahun kemudian. Varian Cullinan pula tiba pada 2019. Percaya atau tidak, mereka yang membeli varian Black Badge kerana mahu memandunya dan bukan sekadar duduk di kerusi belakang.

Pengenalan siri Black Badge ternyata satu langkah tepat kerana siri itu merangkumi sekitar 27 peratus daripada jumlah tempahan global model Rolls-Royce.

Di Malaysia, model pertama diperkenalkan ialah Rolls-Royce Black Badge Ghost generasi kedua menerusi pengedar rasminya iaitu Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur.

Kereta seberat 2.5 tan itu ditawarkan pada harga asas permulaan serendah RM1.8 juta. Tag harga itu belum mengambil kira bayaran cukai atau opsyen aksesori tambahan melalui program bespoke.

Berikut ialah perinciannya:

  • Ada 44,000 pilihan warna disediakan tetapi siri Black Badge hadir dengan beberapa kemasan rona hitam. Rata-rata pembeli lebih gemar skim warna lebih gelap.
  • Gril Pantheon dan lambang Spirit of Ecstasy terbentuk warnanya melalui proses elektrolit krom dan digilap menggunakan tangan.
  • Jalur bahagian tepi badan kereta adalah hasil solekan tangan. Ada beberapa komponen hadir dengan aksen bertona gelap seperti bampar depan dan muncung ekzos.
  • Trenkuasa jenis V12 6.75 liter dengan pengecas turbo berkembar, menawarkan kuasa 592hp dan tork 900Nm. Transmisi automatik 8-kelajuan ZF menghantar kuasa ke semua roda. Masa pecutan 0-100kmj cuma 4.7 saat dan kelajuan maksimum ialah 250kmj.
  • Ada butang dail pada konsol tengah untuk mengubah tetapan kenderaan membabitkan sistem navigasi, audio dan beberapa fungsi lain.
  • Instrumen meter adalah jenis analog dan terdapat skrin jenis sesentuh dipasang pada papan pemuka.
  • Ruang kabin terserlah rasa mewah dengan balutan material veneer Bolivar berwarna hitam. Ada kemasan gentian karbon disertakan, suatu ciri yang jarang ditemui pada model standard Rolls-Royce.
  • Perincian kemasan komponen dalam kabin juga memaparkan kesan tiga dimengsi beserta salutan krom. Ini dapat dilihat pada gugusan butang kawalan, lingkaran tempat letak minuman dan ventilator penyaman udara.
  • Rim 21 inci digunakan diperbuat menggunakan perincian 44 lapisan gentian karbon (termasuk dilipat dua) untuk memperkukuhkan struktur binaannya.
  • Hab tengah roda tidak akan berpusing walaupun kenderaan sedang berjalan.
Roda4 Rolls-Royce Black Badge Ghost Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.