• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Risiko Terbakar: Hyundai, Genesis Panggil Balik Hampir 100,000 Kenderaan

Risiko Terbakar: Hyundai, Genesis Panggil Balik Hampir 100,000 Kenderaan

April 2, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

242
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASALAH menimpa pemilik kenderaan Hyundai di Amerika Syarikat (AS) masih berterusan apabila Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) baru-baru ini mengumumkan tiga notis panggil balik melibatkan hampir 100,000 model Hyundai dan Genesis berikutan risiko kebakaran.

Notis panggil balik pertama dan kedua melibatkan komponen sama pada kenderaan berbeza, terdiri daripada Hyundai Genesis (2015-2016), dan Genesis G80 (2017-2020) dengan jumlah keseluruhan 94,646 unit, termasuk Genesiss G70 (2019-2020), 552 unit.

Genesis G80 2020
Genesis G70 2020

Masalah dikatakan berpunca daripada kerosakan dalaman pada modul Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang menyebabkan litar pintas, sekali gus meningkatkan risiko kebakaran bahagian enjin, dan boleh terjadi ketika kenderaan bergerak dan pegun. Bagaimanapun, hanya tiga kes kenderaan terbakar dilaporkan berlaku akibat masalah tersebut.

Kona Electric (2020)
Ioniq Electric (2020)

Panggilan balik ketiga pula melibatkan 4,694 unit Kona Electric (2019-2020) dan dua Ioniq Electric (2020). Model eletrik itu juga berisiko mengalami litar pintas, tetapi datang dari punca berbeza. Puncanya, risiko litar pintas dalam sel bateri litium-ion buatan LG Energy Solutions yang digunakan dua model berkenaan. 

Pada awal bulan ini, NHTSA dan Kia memanggil balik 379,931 unit Cadenza dan Sportage, termasuk memanggil balik 591,000 unit tahun lalu. Awal 2020, Hyundai memanggil balik 430,000 unit Elantra Sedan yang dilakukan atas risiko kebakaran. Setakat ini, tiada kepastian sama ada model di Malaysia turut terlibat. 

BACA >>> Enjin Terbakar Tiba-Tiba, 380,000 Kereta Kia Kena Panggil Balik
BACA >>> Masalah Beg Udara, Audi AS Panggil Balik 153,152 Kereta

SUMBER: Car and Driver

Related

242
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Genesis, Genesis G70, Genesis G80, hyundai, hyundai ioniq eletric, hyundai kona electric, Kia, NHTSA, Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev