Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Rimac Nevera 2024, Model Sport EV Pengeluaran Terpantas di Nürburgring, Atasi Tesla Model S
Roda4

Rimac Nevera 2024, Model Sport EV Pengeluaran Terpantas di Nürburgring, Atasi Tesla Model S

Abang HirataBy Abang Hirata22/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


REKOD di litar Nürburgring ada beberapa kategori yang dibahagikan mengikut jenis pengeluaran, enjin dan pacuan.

Honda Civic Type R FL5 misalnya mencatat masa 7 minit 44.881 saat yang mengungguli kedudukan teratas bagi kelas kereta pacuan roda depan (FWD) di litar itu dengan jarak litar 20.832km.

Mercedes-AMG One pula paling pantas dalam kelas kereta pengeluaran, termasuk kenderaan elektrik (EV) dengan masa 6 minit 30.70 saat.

Pengkelasan sebegitu lebih adil kerana seperti dilihat hari ini, ada peminat automotif cenderung membandingkan pecutan EV demham kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Antara ciri signifikan EV ialah pecutan spontan atau serta-merta, tetapi model manakah paling pantas di Nürburgring?

Setakat 19 Ogos 2023, Rimac Nevera memegang takhta EV dengan masa 7 minit 05.298 saat, atau 7 minit 0.928 saat untuk jarak litar lebih singkat (20.6km).

Nevera dipandu pelumba Croatia, Martin Kodrić yang dipasang set tayar Michelin Cup2R, manakala masa dibuat disahkan TÜV SÜD dan telemetri kereta.

Jika dibandingkan kereta ICE, masa itu berada dalam julat Porsche 911 GT3 (7:04.74) dan Porsche 911 GT3 RS (7:05.41). Bagaimanakah pula saingan EV? Tesla Model S Plain Track Package berada di belakang Nevera dengan masa 7 minit 25.231 saat.

Pencapaian itu sebenarnya satu daripada lebih 20 rekod baharu dicatatkan Rimec Nevera pada 2023. Pada April 2023, Nevera pernah membuat 23 rekod baharu dalam masa sehari di litar Automotive Testing Papenburg (ATP) (foto atas), Jerman.

Antaranya, pecutan 0-60bsj (batu sejam), 0-100kmj dan pelbagai lagi. Sebelum tiba di litar ATP, Nevera sudahpun memegang rekod EV terpantas yang disahkan dengan kelajuan 412kmj.

Di Goodwood Festival of Speed 2024, Nevera hanya memerlukan 49.32 saat bagi melengkapkan litar dengan jarak 1.87km, seterusnya mencatat rekod kereta EV pengeluaran dan kereta pengeluaran terpantas.

MODEL EDISI KHAS – RIMEC NEVERA TIME ATTACK

Bagi meraikan sejumlah rekod baharu, Rimac menawarkan 12 unit edisi khas Rimac Nevera Time Attack, dan unit pertama sudahpun diserahkan kepada pemiliknya, Jeff Miller (foto atas kiri) dari California, manakala baki model unit terhad itu habis ditempah.

Seperkara menarik tentang Nevera milik Miller ialah warna Lightning Green (hijau) yang diilhamkan daripada fenomena cuaca sebelum ribut selain turut meraikan e-M3, iaitu BMW E30 hijau yang diubah suai Mate Rimac.

BMW yang ditukar kepada EV itu mencatat rekod EV terpantas dunia, disahkan Persekutuan Automotif Antarabangsa (FIA) pada 2012.

Selain grafik dan warna badan khas, Rimac Revera Time Attack juga dibezakan dengan corak warna ringkas pada rim Vertex dan tulisan bawah sayap belakang tertera ‘Dedicated to those coming after us’.

Bahagian kabin dibalut Alcantara hitam dengan aksen dan sulaman seperti warna badan. Tulisan ‘Time Attack’ dibuat pada kerusi dengan plak khas tertera tulisan Time Attack: 1 of 12 sebagai tanda istimewa.

Rimac Nevera dijana empat motor berkuasa 1,914hp dan tork 2,360Nm dengan pecutan 0-100kmj dibuat di ATP sepantas 1.81 saat, manakala pecutan 0-400kmj sepantas 21.31 saat.

Rimac Nevera Nürburgring 2023
Rimac Nevera Time Attack 2023
Kenderaan Elektrik (EV) Kereta Sport EV Nürburgring Rimac Rimac Nevera Rimac Nevera Time Attack roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Demonstrasi ujian perlanggaran Chery Tiggo 9 dan Chery Tiggo 7 Pro di Wuhu, China.
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tayang Ujian Perlanggaran Tiggo 9, Tiggo 7

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    05/05/2026
    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.