• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rim Kereta Sultan Johor Bengkok, Minta Peruntukan Baiki Jalan, Lebuh Raya

Rim Kereta Sultan Johor Bengkok, Minta Peruntukan Baiki Jalan, Lebuh Raya

March 17, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

HABIS rim kereta saya pun bengkok," titah Sultan Johor mengenai kondisi jalan raya dan lebuh raya teruk dan berlubang di negeri itu.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berharap Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan membaiki jalan yang rosak teruk dan berlubang di Lebuhraya Pasir Gudang dan Jalan Johor Bahru-Mersing yang turut mengalami isu sama dan berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Saya berharap supaya peruntukan pembaikan jalan Persekutuan disalurkan untuk membaiki laluan Lebuhraya Pasir Gudang dan Jalan Johor Bahru-Mersing yang berlubang dan amat membahayakan pengguna jalan raya," titah Sultan Johor.

Sebelum ini, Sultan Johor meminta Kerajaan Persekutuan menunaikan janji menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kepada enam lorong dan Lebuhraya Senai-Desaru kepada empat lorong.

Baginda tirit menyifatkan Johor seakan dianaktirikan, walhal Johor antara penyumbang utama ekonomi negara.

Walaupun Sultan Ibrahim berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Yong Peng-Senai kepada enam lorong, tetapi baginda mengesyorkan projek itu dimulakan dari Gemas.

Kalau boleh, buatlah dari Gemas, buat apa separuh jalan. Kerajaan Pusat juga akan sediakan lorong memotong di Lebuhraya Senai-Desaru dari Pasir Gudang ke Bandar Penawar, satu-satunya lebuh raya di Malaysia yang hanya ada dua lorong dan dikenakan bayaran tol," titah baginda.

BACA >>> #Belanjawan2023: Bebas Muflis Jika Hutang Bawah RM50k!
BACA >>> Sultan Johor Menang Lagi Bidaan Nombor Pendaftaran, Kali Ini Pilih VR46!

SUMBER: BHarian

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: baiki jalan, bengkok, Jalan Berlubang, Jalan Johor Bahru-Mersing, Lebuh Raya, Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), rim kereta, Sultan Johor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my