• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Ride Vision Perkenal Peranti Bantuan Keselamatan Penunggang untuk Semua Jenis Motosikal

Ride Vision Perkenal Peranti Bantuan Keselamatan Penunggang untuk Semua Jenis Motosikal

February 1, 2021 By Aryon Leave a Comment

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SISTEM keselamatan motosikal menggunakan algoritma pandang prediktif untuk mengesan bahaya atas jalan kini bakal menjengah pasaran dua roda tahun ini.

Ride Vision adalah syarikat pembangun teknologi keselamatan tersebut yang kini sedia ditawarkan kepada orang awam. Ia berupa peranti keselamatan motosikal aftermarket yang berfungsi sebagai sistem bantuan penunggang kendiri (standalone) untuk memberi amaran potensi bahaya atas jalan.

Teknologi dibangunkan itu menelan belanja setinggi AS$10 juta (RM40.4 juta), iaitu AS$7 juta (RM28.3 juta) yang diperoleh daripada kempen dana awam, dan AS$2.5 juta (RM10.1 juta) daripada dana swasta, termasuk perkongsian dengan pemain industri (seperti Continental pada 2017).

Berbeza sistem amaran titik buta pada kereta dan motosikal baharu, peranti Ride Vision direka untuk berfungsi sebagai alat visual tambahan kepada penunggang. Bagaimanapun, sistem amaran itu tidak akan mengaktifkan fungsi brek, atau mengambil alih tunggangan, sebaliknya memberikan kebebasan penuh kepada penunggang untuk melakukan sebarang respon dan tindak balas menyelamatkan diri.

Sistem amaran pemandu termaju, dipanggil Teknologi Elak Perlanggaran (CAT) beroperasi menggunakan cip unit kawalan elektronik (ECU) yang dikuasakan bateri motosikal, dan turut merekodkan statistik tunggangan. Pengurangan kuasa bateri pula tidak seteruk berbanding mengecas telefon.

Peranti itu terdiri daripada dua kamera sudut-lebar definisi tinggi (HD), dipasangkan di depan dan belakang, yang berfungsi sebagai set mata kedua atas jalan.

Data daripada dua kamera itu akan dihantar kepada ECU menggunakan algoritma untuk meramalkan jangkaan pergerakan, sekali gus memberikan penunggang paparan atas jalan secara 360º dengan mengeluarkan amaran bahaya menerusi lampu LED pada cermin pandang belakang.

Sistem keselamatan motosikal Ride Vision itu terdiri daripada:

  • Amaran Titik Buta (BSA)
  • Amaran Bahaya Memotong (DOA)
  • Amaran Bahaya Am (GDA)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCA)
  • Pengingat Bahaya supaya mengekalkan jarak dari kenderaan depan

Ada banyak ciri lain akan dibekalkan seperti pengesan perlanggaran belakang, fungsi panggilan kecemasan dan penyunting klip video.

Kamera dipasangkan itu juga boleh digunakan untuk tujuan lain. Misalnya merekodkan tunggangan seperti kamera aksi atau kamera pemuka (dashcam) yang boleh digunakan untuk tujuan insurans atau simpanan peribadi.

Seperti mana aksesori teknologi lain, peranti berkenaan boleh dipadankan dengan aplikasi khas untuk tetapan sendiri atau mengakses data tunggangan. Menariknya, ia boleh dipasangkan pada semua jenis motosikal pelbagai saiz. Bagi mereka yang mahukan mata tambahan ketika menunggang, inilah peranti yang perlu ada miliki.

Adakah pemasangan peranti keselamatan itu mampu mengurangkan bayaran insurans premium?

Setakat ini tiada. Tetapi itu tidaklah bermakna ia tiada manfaat kerana tujuan asal peranti tersebut adalah membantu mengelakkan kemalanagn dan meningkatkan keselamatan penunggang motosikal.

Peranti Ride Vision ini berharga kira-kira £250-£300 (RM1,010-RM1,210), yang juga menyamai harga kamera pemuka tanpa ECU dan sistem amaran aktif. Bagaimanapun, harga sebenar belum diumumkan secara rasmi di laman web syarikat itu.

BACA >>> Kawasaki Bangunkan Teknologi Hibrid Baharu untuk Motosikal
BACA >>> Kawasaki Patenkan Teknologi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) untuk Motosikal

Artikel Berkaitan

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Autotainment Tagged With: aksesori, auto terkini, ride vision, roda2, Teknologi Elak Perlanggaran (CAT), Teknologi Keselamatan Penunggang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
    #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci
    5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my