Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: ‘Wira Perkasa’ – Suzuki GSX-R400 dengan Perisai Menentang Kejahatan
Autotainment

#RetroAuto: ‘Wira Perkasa’ – Suzuki GSX-R400 dengan Perisai Menentang Kejahatan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/11/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


‘WIRA Perkasa’ atau ‘Road Sector’ (Rōdosekutā) ialah nama motosikal kedua milik Suria Perkasa Hitam (Kamen Rider Black), iaitu adiwira dari Jepun yang menjadi rancangan televisyen kegemaran kanak-kanak yang membesar era 1980-90-an lalu.

Wira Perkasa dihasilkan saintis Yoichi Daimon yang direkrut pakatan kejahatan, Gorgom untuk menakluk dunia. Motosikal ini ialah versi prototaip untuk dijadikan kenderaan pasukan tentera mutan, tetapi akhirnya menjadi jentera kedua Suria Perkasa Hitam.

Ini kerana Daimon enggan menjadikan ciptaannya itu untuk kejahatan. Dia kemudian menyerahkan motosikal tersebut buat anaknya, Akira Daimon sebelum diberikan kepada Kohtaro Minami, alter ego kepada Suria Perkasa Hitam.

CIRI ISTIMEWA WIRA PERKASA

Wira Perkasa memiliki ciri istimewa berupa perisai dipanggil ‘Attack Shield’ (Attaku Shīrudo) yang berfungsi melindungi si hero daripada kecederaan. Apabila mod ini diaktifkan, motosikal ini mampu beraksi luar biasa menerusi serangan rempuhan dinamakan ‘Sparkling Attack’.

Selepas pertempuran akhir dengan Gorgom, Kotaro Minami memulangkan semula Wira Perkasa kepada Akira.

Wira Perkasa memiliki enjin berkuasa 1,515hp dan mampu memecut pada kelajuan hingga 500kmj. Apabila mod perisai ‘Attack Shield’ diaktifkan, jentera ini mampu mencapai kelajuan 800kmj dan mencecah maksimum 960kmj untuk melancarkan serangan ‘Sparkling Attack’.

Berikut spesifikasi WIRA PERKASA:

  • Penunggang: Kohtaro Minami
  • Siri: Kamen Rider Black
  • Panjang: 210cm
  • Lebar: 72cm
  • Tinggi: 132cm
  • Berat: 202kg
  • Kelajuan: 960kmj
  • Kuasa: 1,515hp
  • Model Asas: Suzuki GSX-R400
SPESIFIKASI SUZUKI GSX-R400

GSX-R400 (secara rasmi dinamakan GSX-R di Jepun dengan kod GK71B) dilancarkan pada Mac 1984. Ini ialah produk replika lumba versi pengeluaran massa pertama yang ringan menerusi penggunaan frem cradle aluminium dan dijana enjin 4-silinder sebaris DOHC penyejukan cecair dengan 4-injap setiap silinder. Ketika itu jentera terbaik itu dibina berasaskan jentera lumba Yoshimura TT-F3 GS1000R.

Pesaingnya Yamaha FZ400R dan Honda CBR400R lebih berat 13-31 kg berbanding GSX-R. Berbanding model lain ketika itu, GSX-R400 lebih ringan yang dipadankan kaliper brek 4-piston di depan dan 2-piston di belakang.

Model Suzuki ini juga mudah dikendalikan dan dilengkapi sistem ekzos 4-1 berkuasa untuk saiznya yang menjadikan ia model GSX-R terpantas dalam kelasnya.

Dengan kuasa maksimum 59hp dan berat kering 152kg, nisbah kuasa kepada berat (2,57kg/hp) lebih baik daripada jentera lumba 2-lejang Suzuki, RG250 Gamma. GSX-R400 memulakan era baru sebagai model 400cc terpantas dan terbaik pernah dibina.

BACA >>> Suzuki Lancar GSX-S750 MotoGP Replica Sempena Aniversari ke-100
BACA >>> #RetroAuto: Belalang Tempur Legenda Motosikal Adiwira Sepanjang Zaman

SUMBER: KamenRiderWiki| SuzukiCycles.org

Auto Terkini Kamen Rider Black Kotaro Minami Masked Rider Black Retro Auto Road Sector Suria Perkasa Hitam Suzuki GSX-R400 Wira Perkasa
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.