Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#RetroAuto: Tentang Tali Keledar yang Perlu Anda Tahu
Auto Terkini

#RetroAuto: Tentang Tali Keledar yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman20/08/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TALI keledar ialah salah satu ciri keselamatan kereta paling penting yang terbukti mampu menyelamatkan nyawa. Menurut Pentadbiran Keselamatan Lalulintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), statistik di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan penggunaan tali keledar menyelamatkan lebih 15,000 nyawa setiap tahun di negara itu.

Di sebalik keberkesanan, masih lagi ada pengguna jalan raya tidak mempedulikan pemakaian tali keledar ketika memandu. Pernahkah anda tertanya bilakah dan kenapa tali keledar dicipta? Artikel ini akan berkongsi sejarah ringkas tentang tali keledar.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bas Tidak Wajib Pasang Tali Pinggang Keledar?

GEORGE CAYLEY – pereka tali keledar untuk juruterbang.
Paten tali keledar Edward Claghorn yang direka untuk keselamatan pelancong.

Dalam sejarah automotif, jurutera Inggeris, George Cayley layak digelar sebagai bapa tali keledar. Beliaulah orang pertama memperkenalkan ciri itu pada lewat 1800-an yang dicipta untuk mengikat juruterbang pada kerusi kokpit. Memang masuk akal kenapa Cayley merekacipta tali keledar untuk juruterbang kerana beliau sendiri ialah seorang pereka dan jurutera aeronautik.

Pada 1885, Edward Claghorn menjadi individu pertama mempatenkan tali keledar untuk keselamatan pelancong yang melawat New York ketika dalam kenderaan. Bagaimanapun, keperluan tali keledar masih tidak begitu dititik beratkan pada masa itu.

Menjelang lewat 1920-an dan awal 1930-an, kemalangan melibatkan kereta di AS meningkat mendadak kira-kira 30,000 nahas. Ini menyebabkan kumpulan profesional perubatan tampil mendesak sesuatu dilakukan untuk menangani isu berkenaan.

Jadi, pada pertengahan 1930-an, satu ujian tali pinggang riba (lap belt) dilakukan untuk menguji tahap keberkesanan ciri keselamatan itu. Hasilnya, kajian menunjukkan pemakaian tali pinggang memang penting untuk keselamatan pemandu ketika berlaku kemalangan jalan raya.

Tali Keledar Riba 2 Poin
Tali Keledar 3 Poin

Profesional perubatan kemudian menggesa pengeluar automotif menghasilkan tali keledar sebagai ciri standard untuk semua kereta. Namun, memakai tali keledar ketika memandu masih bukan menjadi amalan kebanyakan pemandu pada era itu.

BACA >>> IIHS Tunjuk Video Demo Ujian Perlanggaran Akibat Kemalangan Langgar Lampu Isyarat

Pada 1954, Sports Car Club of America (SCCA) mensyaratkan pelumba memakai tali pinggang. Jadi bolehlah dikatakan pelumba AS sebagai kumpulan pemandu pertama yang diwajibkan memakai tali keledar. Setahun kemudian, pada 1955, Persatuan Jurutera Automotif (SAE) melantik Jawatankuasa Tali Keleder Kenderaan Motor (MVSBC) pertama. Tahun itu juga menyaksikan California menjadi negeri pertama di AS yang menetapkan ciri tali pinggang keledar untuk semua kereta baharu. Beberapa tahun kemudian, tali keledar 2 poin diperkenalkan.

NILS BOHLIN – BAPA TALI KELEDAR MODEN

Tali keledar yang kita kenali hari ini kali pertama dilihat pada 1958, hasil rekaan jurutera Sweden, Nils Bohlin. Beliau dilantik Volvo dengan tugasan merekacipta tali keledar khas untuk keselamatan kereta jenama itu.  Hasilnya, lahirlah tali keledar 3 poin, sama seperti tali keledar yang ada pada kereta moden hari ini. Tali keledar 3 poin kali pertama diperkenalkan Volvo pada 1959.

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Sebab Kenapa Mesti Pakai Tali Keledar Belakang

Volvo kemudian memutuskan untuk tidak mempatenkan rekacipta Bohlin dan bebas digunakan secara percuma, sesuatu yang mengagumkan kerana pengeluar Skandinavia itu boleh saja mengaut keuntungan besar-besaran menerusi hak paten. Sebaliknya Volvo memilih berkongsi rekacipta tersebut kepada umum.

Bohlin meninggal dunia pada 2002 dan menurut Volvo, rekacipta jurutera itu sudah menyelamatkan lebih sejuta nyawa. Apa akan jadi sekiranya Volvo berkeras enggan berkongsi idea tentang teknologi tali keledar 3 poin? Sudah pasti ia akan mengubah cara kita berfikir tentang keselamatan kenderaan.

Amerika Syarikat (AS) Edward Claghorn George Cayley Kereta NHTSA Nils Bohlin Retro Auto Roda4 sejarah Sports Car Club of America (SCCA) Sweden Tali Keledar tali pinggang keledar Volvo
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026

1 Comment

  1. lolsomany on 23/08/2018 22:57

    #volvobukanapple

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.