Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Tentang Sejarah Suzuki Katana yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#RetroAuto: Tentang Sejarah Suzuki Katana yang Perlu Anda Tahu

WahidBy Wahid04/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAMI tahu ramai otai masih meminati model Katana yang ori. Ada pernah menunggang atau memilikinya suatu masa dulu, ataupun mengidam model itu sejak zaman persekolahan lagi.

Baiklah, kali ini kami kongsikan cerita bagaimana terhasilnya Katana.

BACA >>> Lakaran Bayangan Suzuki Katana 125, Ada Potensi Sportbike 150cc untuk Pasaran Asean?

Pada 1979, Suzuki tiada model yang boleh dikatakan ‘mengancam’ berbanding pengeluar lain. Model GSX1100 (foto atas) memang berkuasa dan pantas atas jalan dan litar lumba, tetapi pembeli pada masa itu menganggap rekabentuknya agak hodoh dan serabut.

Kesannya, GSX1100 tidak mendapat sambutan yang diharapkan Suzuki di Eropah dan Amerika Syarikat.

HANS MUTH CETUS IDEA

Hans Muth dan Katana sentuhannya.

Pengarah Pemasaran Suzuki Jerman, Manfred Baker mengenali Hans Muth, iaitu pereka motosikal terkenal yang mencipta nama dengan karya BMW R100RS dan mendapat sambutan meluas pada 1976. Model itu juga motosikal jalanan yang julung kali tampil dengan fairing penuh (full fairing).

Apabila Baker memberitahu rakannya itu mengenai masalah Suzuki, Muth tanpa berselindung mendedahkan rekabentuk Suzuki terlalu kuno dan memerlukan sebuah model radikal yang mampu menarik perhatian umum bagi mengembalikan status sebagai pengeluar  premium.

Hans-Georg Kasten
Jan Fellstrom

Muth meminta peluang untuk membuktikan pendapatnya. Beliau menemui Hans-Georg Kasten dan Jan Fellstrom untuk merancang projek baharu Suzuki yang mana dua rakannya itu masih bekerja di BMW Motorrad. Kasten pernah merungut yang BMW terlalu konservatif untuk menerima idea baharu mengenai rekabentuk.

Muth kemudian meminta Kasten dan Fellstrom meninggalkan BMW dan berkerjasama dengannya. Mereka pun menubuhkan firma rekabentuk dinamakan Target Design yang masih beroperasi sehingga sekarang.

BACA >>> BMW Motorrad Perkenal Rantai Baharu Bebas Senggara Tanpa Pelincir

KONSEP ED-1, ED-2 JADI ASAS KATANA

Suzuki GS550
Suzuki ED-1

Tugasan pertama diberikan kepada firma tersebut adalah mengemas kini rekabentuk GS550, sekali gus membawa kepada penghasilkan konsep motosikal serba baharu dipanggil ED-1.

Lakaran Suzuki ED-2 menjadi asas penghasilan Katana.

Rekabentuk ED-01 disukai Suzuki Jepun yang kemudian meminta Target Design mengemas kini rekabentuk GSX1100 pula dan hasilnya, ialah ED-2 yang menjadi asas kepada Katana.

Lakaran konsep ED-2.

Sekali lagi Suzuki menyukai rekabentuk baharu itu dan tanpa menunggu lama terus menghasilkan prototaip tanah liat untuk dijadikan model konsep.

Inilah prototaip ED-2 yang ditayangkan di Intermot 1980.

Kedua-dua prototaip model konsep itu, ED-1 dan ED-2 ditayangkan di Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 1980 di Cologne, Jerman. Sebaik saja menjadi tatapan umum, ramai peminat dan media permotoran mengaku jatuh cinta dengan konsep ED-2 yang tampil seperti motosikal dari masa depan. Malah, rekabentuk revolusioner itu khabarnya turut mengejutkan pesaing Suzuki lain.

ED-2 bukan saja mengetengahkan sosok badan tajam yang radikal, tetapi juga konsep rekabentuk motosikal baharu. Inilah motosikal yang julung kali menyambungkan pelana dengan tangki minyak. Penutup sisi mempunyai bentuk ‘aliran’ berbanding tipikal penutup bateri berbentuk segiempat.

Prototaip ED-2 yang mendapat perhatian ramai.

ED-2 menunjukkan satu konsep rekabentuk yang serasi dari depan hingga belakang. Kebanyakan motosikal lain era itu direka dengan tangki, pelana dan penutup bateri seperti dibeli asing-asing di kedai berbeza dan dicantumkan untuk dijadikan sebuah motosikal. Rekabentuk lama seperti itu wujud sejak penghasilan motosikal pertama lagi!

Menariknya, konsep rekabentuk baharu itu turut mempengaruhi gaya motosikal untuk abad seterusnya dan ia dimulakan dengan ‘Katana’!

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Manga Permotoran (Selain Initial D) yang Anda Mungkin Tidak Tahu

MODEL PENGELUARAN PERTAMA LANCAR 1981

Suzuki menyedari sambutan hangat untuk konsep ED-2 dan memutuskan merealisasikannya sebagai model pengeluaran pada 1981. Ia diberikan nama sesuai dengan rekabentuk tajam, iaitu GSX-1100S ‘KATANA’, bermaksud pedang yang digunakan kasta Samurai pada era feudal di Jepun.

Suzuki GSX-1000SD Katana versi lumba

Suzuki juga mengeluarkan model versi lumba, GSX-1000SD Katana yang menjadi model paling langka (rare) dan diburu pengumpul motosikal berduit.

Suzuki GSX-750SD Katana cuma dikeluarkan untuk pasaran Jepun.

Seterusnya, Suzuki mengeluarkan pula Katana 750cc, dinamakan GSX-750SD Katana untuk pasaran Jepun sahaja pada 1982 dengan rekabentuk badan kekal sama seperti model 1100cc, tetapi tanpa visor angin, dan tayar belakang lebih besar.

Suzuki GSX 750SD Katana (1984) juga dipanggil ‘Katana Jerung’ di Malaysia

Selepas itu, Suzuki mengeluarkan satu lagi model Katana 750cc baharu, Suzuki GSX-750SD Katana pada 1984. Model ini membuatkan semua orang menyebut nama ‘SAVANA’. Di Malaysia, model ini dipanggil ‘Katana Jerung’ kerana bentuk dan warna putih yang seakan ikan pemangsa itu.

Dilengkapkan lampu depan buka dan tutup seperti kereta sport 80-an, tetapi model ini cuma dijual untuk pasaran Jepun. Bagaimanapun, banyak juga dieksport ke negara luar lain, tetapi dalam unit yang tidak banyak boleh dikatakan sebagai model rare.

KATANA VERSI LUMBA, DAN LENA YANG PANJANG

Suzuki GSX-R750 Katana (1985) yang sudah tidak ori.

Hayat model Katana yang ori ini tidak lama selepas Suzuki menghasilkan GSX-R750 (model F) pertama pada 1985. Sebenarnya ini juga model radikal kerana direka mirip jentera lumba dengan frem aluminium. Ia juga motosikal jalanan pertama dikenali sebagai ‘race replica’ dengan kapasiti enjin besar.

Namun, siapa sangka model itu menjadi permulaan kepada kemerosotan Katana.

BACA >>> Suzuki Katana Icon – Edisi Khas Perancis, Terhad 10 Unit Sahaja

Model Katana pertengahan 1980-an tidak lagi membawa bahasa rekabentuk sama seperti asal.

Dengan itu, Suzuki menghentikan pengeluaran Katana siri GSX-1100S dan GSX-750S bermula 1986.Bagaimanapun, nama ‘Katana’ masih dikekalkan untuk model 650cc.

Namun, ramai peminat Suzuki berpendapat model-model berkenaan tidak layak memegang nama ‘Katana’ kerana tidak lagi nampak radikal dari segi rekabentuk. Malah aspek prestasi juga tidak seberapa.

Suzuki sebenarnya ada juga menghasilkan beberapa model original versi ‘limited edition’ tetapi cuma dijual dalam unit terhad untuk pasaran Jepun hingga 2001.

KEBANGKITAN KATANA BAHARU

Dan peminat terpaksa menunggu 18 tahun sebelum Suzuki memperkenalkan Katana 1000 baharu pada 2019 yang mengambil ilham rekabentuk Katana asal, dan diadun bersama elemen baharu.

Ramai juga mengharapkan model baharu ini dapat dilihat lebih kerap atas jalan raya Malaysia. Malah ada desas-desus mengatakan Suzuki sedang membangunkan Katana versi 125cc dan 250cc. Ini memang sesuatu yang mengujakan jika apa diperkatakan itu menjadi kenyataan. Apapun kita lihat bagaimana kesudahannya kelak.

BACA >>> Suzuki Katana 125R Debut Tahun Depan?

Suzuki Katana versi biasa.
Auto Terkini autotainment Hans Muth Hans-Georg Kasten Jan Fellstrom Katana Retro Auto roda2 Sejarah Suzuki Katana Suzuki GSX suzuki katana Target Design
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
    Auto Terkini

    Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

    04/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
    Auto Terkini

    BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

    03/04/2026
    Auto Terkini

    Petron Semarak Ramadan, Aidilfitri Melalui Inisiatif CSR ‘Pasti OK, Pasti Bermakna’

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.