Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Sensor-Rempuh Allen K Breed Sempurnakan Ciptaan Beg Udara
Autotainment

#RetroAuto: Sensor-Rempuh Allen K Breed Sempurnakan Ciptaan Beg Udara

Han OthmanBy Han Othman29/09/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN John W Hetrick, pereka Jerman, Walter Linderer juga mempatenkan beg udara pada Oktober 1953 (lewat tiga bulan daripada Hetrick) bagi hasil rekacipta kusyen boleh kembung (inflatable) untuk melindungi pemandu dalam kemalangan.

Rekabentuk awal beg udara Hetrick dan Linderer menginspirasikan pereka-pereka lain dalam industri automotif untuk memberikan tumpuan kepada ciri keselamatan kereta. Pereka terkenal, Henry Ford dan General Motors misalnya mula melakukan eksperimen penahan boleh kembung (inflatable restraint), yakni beg udara pada lewat 1950-an.

Paten lukisan asal Walter Linderer

GM dengan pantas menemui beberapa cabaran yang dikaitkan dengan ciri keselamatan tersebut, iaitu ia mesti cepat dan tepat mengesan rempuhan sebelum mengembung dalam masa 40 milisaat atau kurang. Bagaimanapun, pengeluar berdepan pula dengan cabaran beg udara, iaitu kecederaan kedua disebabkan beg udara yang mengembung keluar.

BACA >>> #RetroAuto: Kemalangan Rintis Ilham John W Hetrick untuk Cipta Beg Udara Kereta

Pada 1967, Mercedes-Benz mula membangunkan beg udara untuk kenderaannya. Akhirnya, ada dua peristiwa penting yang mendorong pengeluar menumpukan usaha intensif dalam membangunkan beg udara, iaitu peningkatan jumlah kemalangan pada 1960-an dan undang-undang persekutuan baru yang mewajibkan sistem perlindungan penumpang automatik untuk setiap kereta di Amerika Syarikat (AS) pada 1969, lebih sedekad selepas ciptaan Hetrick.

Presiden AS ketika itu, Lyndon B Johnson dilaporkan berkata, “Kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan automobil tidak selamat.”

Lakaran beg udara perekan Jepun, Yasuzaburou Kobori pada 1964.
Lakaran beg udara pereka Jepun, Yasuzaburou Kobori pada 1964.

Sementera itu di Jepun, jurutera automotif yang juga ahli perniagaan, Yasuzaburou Kobori membangunkan sistem beg udara ‘jaring keselamatan’ pada 1964 dan diberikan hak paten di 14 negara. Ciptaannya itu hampir sama dengan beg udara moden hari ini, terdiri daripada beg udara sisi, siling dan belakang kerusi hadapan (rujuk gambar atas). Beliau meninggal dunia pada 1975 sebelum sempat melihat hasil rekaannya digunakan secara meluas.

SENSOR-REMPUH DITEMUI

Allen K Breed
Skema beg udara moden

Pada 1967, jurutera mekanikal dari New Jersey, AS, Allen K Breed mencipta peranti yang diingati sejarah sebagai kelahiran industri beg udara. Breed merekacipta sensor-rempuhan yang cuma berharga AS$5 (RM21). Teknologi sensor rempuhan ciptaan Breed itu diiktiraf sebagai sistem beg udara automotif elektromekanikal pertama dunia.

beg-udara

Peranan Breed dalam keselamatan automotif tidak terhenti di situ. Beliau membantu merekacipta lebih dua dozen hasil rekacipta, termasuk beg udara yang membebaskan udara ketika mengembung, iaitu mengempis sendiri. Rekacipta 1991 itu, dengan paten bernombor No. 5,071,161 direka untuk mengurangkan risiko kecederaan kedua dengan mengurangkan ketegaran beg yang mengembung.

BACA >>> #Videotomotif: Benarkah Kereta Ada Beg Udara Lebih Selamat?

Breed kemudian membuka syarikat sendiri dan menjadi pengeluar utama yang membekalkan sensor-rempuh dan modul-inflator (pengembung). Hari ini, syarikat beliau, Key Safety Systems masih kekal merekabentuk dan menghasilkan beg udara, tali keledar, roda stereng dan sistem keselamatan lain untuk kenderaan.

TARIKH PENTING

Beg udara Honda Gold Wing 2006
Beg udara Honda Gold Wing 2006

• 1973 – Oldsmobile Toronado menjadi kereta pertama dengan beg udara penumpang.
• 1974 – Buick, Cadillac dan Oldsmobile menawarkan dua beg udara sebagai opsyen bagi beberapa varian kereta saiz-penuh.
• 1980 – Mercedes-Benz memperkenalkan semula beg udara di Jerman sebagai opsyen pada model mewah, W126.
• Pertengah-1980-an – Ford dan Chrysler memperkenalkan beg udara pada kenderaan mereka.
• 1990 – Ford menjadikan beg udara sebagai ciri standard kenderaan mereka.
• 1990 – Kemalangan pertama direkodkan antara dua kenderaan yang menyaksikan beg udara diaplikasi untuk melindungi setiap pemandu berlaku pada 12 Mac 1990.
• 1995 – Volvo menawarkan beg udara sisi dan beg udara perlindungan sisi torso sebagai opsyen bagi model 850.
• 1998 – Kerajaan AS mewajibkan pemasangan dua beg udara hadapan ke atas semua kenderaan penumpang.
• 2006 – Honda memperkenalkan sistem beg udara pertama untuk motosikal American Honda Motor.

Allen K Breed autotainment beg udara John W Hetrick RetroAuto sejarah automobil sejarah beg udara Walter Linderer
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model 3 Varian Paling ‘Rahmah’ Kini di Malaysia, Jarak 534km WLTP, Harga RM147,600

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.