• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Kemalangan Rintis Ilham John W Hetrick untuk Cipta Beg Udara Kereta

#RetroAuto: Kemalangan Rintis Ilham John W Hetrick untuk Cipta Beg Udara Kereta

June 24, 2016 By AO 2 Comments

FacebookTwitter


SIAPA SANGKA kemalangan tengah hari Ahad ketika dalam perjalanan ke pinggir bandar Pennsylvania memberi ilham kepada John W Hetrick untuk menghasilkan salah satu teknologi keselamatan penting dalam dunia automotif, beg udara.

Hetrick yang juga juruteknik bersara dalam bidang kejuruteraan industri mendapat paten pada 1953 untuk ciptaan yang dipanggilnya 'Pemasangan Kusyen Keselamatan untuk Kenderaan Automotif'. Rekaannya di bawah paten, US Patent No 2,649,311 ialah prototaip pertama untuk beg udara moden hari ini.

Lakaran rekabentuk beg udara yang dipatenkan John W Hetrick pada 1953.

Menurut butiran sejarah dalam laman web American Heritage mengenai hasil ciptaannya, Hetrick mencipta sistem beg udara bertujuan mengurangkan kecederaan ketika membrek kecemasan dan perlanggaran hadapan. Hetrick ketika mengimbas semula inspirasi ciptaannya berkata;

"Pada usia 52 tahun, isteri, anak perempuan saya berusia 7 tahun, Joan dan saya sendiri keluar memandu pada hari Ahad dengan Chrysler Windsor 1948.

"Kira-kira tiga batu (5km) dari luar Newport, kami lihat rusa melintas jalan. Tiba-tiba ada sebuah batu besar di laluan kami sebaik saja melepasi puncak sebuah bukit. Saya membrek dan membelok kereta ke kanan. Kami terbabas ke dalam parit, tetapi dapat mengelak melanggar sebatang pokok dan pagar kayu.

Inilah model kereta dipandu John W Hetrick dan keluarga, Chrysler Windsor (1948)

"Ketika menekan brek, saya dan isteri mendepangkan tangan untuk menghalang anak perempuan kami menghentam papan pemuka. Semasa pulang ke rumah, saya tidak dapat berhenti berfikir tentang kemalangan itu. Saya tanya kepada diri, kenapa tiada objek tertentu yang keluar untuk menghalang anda daripada menghentam dalaman kereta?"

Sebaik saja pulang, Hetrcik pantas melakar rekabentuk untuk 'kusyen keselamatan' kereta. Pada 5 Ogos 1952, beliau memfailkan satu penyataan dan terpaksa menunggu lebih setahun untuk mendapatkan paten sah yang menelan kos kira-kira AS$250 (RM1,049).

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, beg udara, John W Hetrick, RetroAuto, Roda4, sejarah automobil, sejarah beg udara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
  • Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
    Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my