Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Sejarah Trend Jaket Kulit yang Jadi Fesyen Cool Penunggang Motosikal
Autotainment

#RetroAuto: Sejarah Trend Jaket Kulit yang Jadi Fesyen Cool Penunggang Motosikal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/08/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA sebenarnya sudah menghabiskan banyak masa untuk membincangkan tentang konsep cool – apakah definisi sebenar cool? Adakah kita mampu jadi cool? Dan bagaimanakah ia jadi satu keperluan sejagat yang tidak boleh dibuat-buat. Antara topik hangat yang kerap dikaitkan dengan cool ialah pemakaian jaket kulit.

Segalanya bermula sejak Perang Dunia Pertama (WWI) apabila jaket kulit diperkenalkan kepada juruterbang pesawat perang sebelum memasuki era 1920-an ketika Irving Schott menghasilkan jaket kulit motosikal pertama yang dijual pada harga AS$5.50 (RM21.72) di Harley Davidson.

BACA >>> Inilah 10 Sebab Kenapa Mat Motor Malaysia Pakai Jaket Terbalik

Trend itu kemudian melintas masuk ke dekad 1930-an dan 40-an, yakni sepanjang era Perang Dunia Kedua (WWII), menjangkiti kegemilangan Hollywood 1950-an, letusan muzik 1960-an, kebangkitan feminisme pada 1970-an dan 1980-an dan perkembangan fesyen 1990-an.

Bukanlah sesuatu yang luar biasa menyaksikan pertembungan budaya dalam fesyen, tetapi sangat sedikit trend pakaian yang mampu kekal relevan dan berkuasa seperti jaket kulit. Mengapa boleh jadi begini?

DARI KOKPIT PESAWAT KE PENTAS HOLLYWOOD

Pertama, kita perlu mengenal pasti permulaan trend jaket kulit terlebih dahulu, iaitu siapakah individu yang berjaya mencetuskan idea cool menerusi pakaian tersebut. Penampilan terbaik jaket penerbangan WW1 dan WWII pernah digayakan Amelia Earhart yang menjadi simbolik perjuangan hak sama rata antara lelaki dan wanita, dan aksi Tom Cruise dalam filem Top Gun.

BACA >>> Misteri Kehilangan Amelia Earhart, Juruterbang Wanita Pertama Cuba Keliling Dunia

Ketika Marlon Brando memainkan watak Johnny Strabler dalam filem The Wild One (1953), aktor itu memakai jaket pertama Irving Schott yang jelas menyerlahkan gaya vintaj yang sangat cool. Kemudian sepanjang tempoh 40 tahun berikutnya, trend jaket kulit meninggalkan pengaruh ‘budak nakal’ dan menjadi gaya utama aktor Steve McQueen yang digelar ‘The King of Cool’ serta pemuzik hebat seperti kugiran The Ramones, The Beatles dan legenda rock and roll dari Amerika Syarikat (AS), Elvis Presley.

TREND MERENTASI ZAMAN, JADI FESYEN SELEBRITI

Susulan pengenalan ringkas dalam fesyen wanita sekitar era 1960-an, yang cenderung kepada imej wanita lasak, jaket kulit didefinisikan semula pada era 1970-an hingga 1980-an. Kali ini tampil selebriti ikonik seperti Joan Jett, Debbie Harry dan Madonna yang tidak lagi dikaitkan dengan simbol pemberontakan.

Sekitar era 1990-an, muncul pula kumpulan supermodel yang mencetuskan ikon gaya baharu seperti Cindy Crawford dan Kate Moss yang kerap tampil menggayakan jeans biru, kemeja-t putih dan jaket kulit.

Model-model itu dengan berjaya mempengaruhi budaya cool sekitar era 2000 dengan pembabitan fotografi paparazzi dan juga gaya jaket motosikal mewah hasil buatan tangan pereka fesyen Perancis, Nicolas Ghesquière yang juga pereka kreatif di Louis Vuitton dengan memperkenalkan siri jaket eksklusif untuk rumah fesyen mewah di Sepanyol, Balenciaga. Tidak lama kemudian, muncullah pereka baru seperti Alexander Wang yang menghasilkan jaket kulit dengan harga konservatif berbanding Nicolas Ghesquière.

Apa yang dilihat masih kekal dan konsisten mengenai jaket kulit ialah kemampuan memberikan perlindungan kepada si pemakai. Walaupun awal kemunculan digunakan sebagai pakaian pelindung kepada mereka yang berperang, tetapi kini jaket kulit sudah menjadi ikon budaya fesyen popular.

JAKET DAN MOTOSIKAL

Marlon Brando
Marlon Brando
Marlon Brando
Faizal Hussein
James Dean
James Dean

Tidak syak lagi pengaruh selebriti Hollywood boleh dikaitkan dengan trend memakai jaket kulit di kalangan penunggang motosikal. Seperti disebut di atas, siapa lagi kalau bukan aktor Hollywood, Marlon Brando yang kali pertama menggayakan jaket Schott ‘Perfecto’ di layar perak sebagai ketua geng motosikal. Ini termasuk James Dean

Di Malaysia, semestinya jaket cokelat kulit Faizal Hussein (gambar warna) dalam filem Gila-Gila Remaja (1985) kekal sebagai fesyen yang cool di kalangan biker tempatan.

SUMBER: MenRepeller

Alexander Wang Amelia Earhart autotainment Fesyen Gila-Gila Remaja (1985) Irving Schott jaket Jaket Kulit Kool Marlon Brando Nicolas Ghesquière Retro Auto Tom Cruise Trend
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.