Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Petronas Pernah Bikin Enjin Prestasi Setanding Honda VTEC untuk Proton
Autotainment

#RetroAuto: Petronas Pernah Bikin Enjin Prestasi Setanding Honda VTEC untuk Proton

ArifBy Arif27/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA meengenai Petronas pernah menghasilkan enjin sendiri dinamakan E01 bukan berita asing bagi kalangan peminat automotif tempatan.

Bagaimanapun, hari ini kemungkinan besar sebahagian besar rakyat Malaysia sudah lupa ataupun tidak tahu langsung mengenai kewujudan enjin tersebut, melainkan mengikuti rapat perkembangan sejarah automotif negara.

BACA >>> Petronas Taja Pasukan TVS Racing untuk Sertai Kejuaraan Lumba Motosikal Seluruh India
BACA >>> Petronas Perkenal Minyak Enjin Sprinta dengan Teknologi UltraFlex, Harga Mula RM15

Mengimbau kembali Mac 1997, Petronas E01 yang kemudian dikenali sebagai Proton E01 adalah percubaan pertama negara menghasilkan enjin komersial buatan sendiri menggunakan kejuruteraan tempatan.

Kemajuan teknologi enjin Proton E01 itu mendahului zaman yang dikatakan mampu membawa industri automotif negara ke peringkat lebih tinggi, sekali gus membuktikan kepakaran Malaysia berupaya berentap dengan pesaing lain di peringkat global. Berikut spesifikasi enjin Petronas tersebut:

  • Enjin 2.0L berkuasa 204.3ps (201.5hp) @ 7,300rpm, dan tork 203Nm @ 5,300rpm.
  • Sebagai perbandingan, enjin Honda K20A menghasilkan kuasa 220ps (216hp) pada rev lebih tinggi (8,000rpm), dan tork hampir sama (200Nm).
  • Bagaimanapun, tork maksimum enjin Honda itu dicapai pada rev 7,000rpm, sebaliknya enjin Proton E01 seawal rev 5,300rpm.

Dari segi estetika, enjin Proton E01 mempunyai keunikan tersendiri. Penutup DOHC dihiasi warna korporat Petronas, hitam-hijau, dan ekstraktor dibuat daripada keluli tahan karat digilap. Beberapa ujian juga dibuat pada beberapa model Proton seperti Satria GTI, Putra, Waja dan Perdana.

Malah, sebahagian model itu pernah digunakan sebagai kereta marsyal rasmi dalam acara khas seperti perlumbaan Formula Satu (F1) GP Malaysia.

Malangnya, projek gah itu gagal direalisasikan atas sebab tertentu. Ada laporan mengatakan enjin tersebut dibeli Hyundai, tetapi itu cuma khabar angin semata. Realitinya, enjin ini dibeli syarikat dari China, Nanjing Automobile.

Kemudian, pada Julai 2020 tular hantaran menggemparkan peminat automotif tanah air daripada laman Facebook rumah lelongan tempatan, Pickles Asia Auction yang mahu melelong sebahagian model proton berenjin Petronas E01. Kini segalanya tinggal kenangan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Apakah Punca Enjin Turbo Cepat Rosak?
BACA >>> #PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

Auto Terkini autotainment Enjin Petronas E01 Enjin Proton E01 Nanjing Automobile Petronas Proton Proton E01 Retro Auto Roda4
Arif

Artikel Berkaitan

Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.