Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Asal Usul Logo Ferrari yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#RetroAuto: Asal Usul Logo Ferrari yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman15/09/20192 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


IMEJ kuda yang digunakan dalam logo Ferrari asalnya dilukis pada fiuslaj sebuah jet pejuang milik Francesco Baracca, iaitu seorang tentera udara Itali yang turut berjuang dalam Perang Dunia Pertama. Rahsia logo itu dikongsikan sendiri pengasas Scuderia Ferrari, Enzo Ferrari.

Menurut Enzo, pada 1923, beliau ada bertemu count Enrico Baracca, dan isterinya, countess Paulina, kedua-dua mereka ialah ibu bapa kepada Francesco. Dalam pertemuan itu, Paulina meminta Enzo meletakkan imej kuda hitam (yang meloncat sambil mengangkat kaki depan, atau prancing horse) pada kereta-kereta buatannya yang menurut isteri bangsawan itu sebagai azimat untuk mendapatkan nasib baik.

BACA >>> Alfa Romeo Tipo B: Kereta Lumba Enzo Ferrari Sebelum Asaskan Ferrari Akan Dilelong

Imej kuda tersebut dari dulu hingga sekarang masih berwarna hitam, manakala latar kuning kenari di belakang ialah warna Modena, iaitu tempat kelahiran Enzo.

Francesco Baracca di sisi pesawat pejuangnya.
Enzo Ferrari (macam Mesut Ozil)

Pada 1932, perisai Ferrari muncul buat pertama kali pada kereta Alfa Romeo untuk pasukan lumba Scuderia di Grand Prix Spa di Belgium. Pada 1947 pula, model 125S, iaitu kereta pertama dihasilkan di Maranello, muncul dengan imej ‘Prancing Horse’ dengan latar kuning berserta bendera Itali (hijau-putih-merah) di atas.

Kemudian, logo tersebut tiada lagi dalam bentuk perisai berkotak, tetapi segitiga dengan huruf S dan F (Scuderia Ferrari) menggantikan ejaan penuh ‘Ferrari’. Sejak itu, jenama Ferrari mula dilahirkan dan dikenali serta digunakan pada semua model kereta yang dihasilkan syarikat berkenaan.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Asal Usul Logo Yamaha yang Perlu Anda Tahu

Logo Ferrari tanpa perkataan ‘FERRARI’.
Ferrari 125S (1947)
Logo Ferrari dengan kuda, latar kuning dan bendera Itali.

Penjelasan lanjut boleh hayati video penerangan berdurasi 1:49 minit di bawah:

SUMBER: LogoDesignLove
autotainment Enzo Ferrari Ferrari Francesco Baracca Itali logo Ferrari Retro Auto Roda4 sejarah logo Ferrari
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Model konsep EV, Lamborghini Lanzador
Kenderaan Elektrik (EV)

Tak Laku, Lamborghini ‘Cancel’ EV Pertama

24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.