Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#RetroAuto: Kereta Ikonik AC Ace dan Ace Bristol Kembali! Hampir RM1 Juta
Auto Terkini

#RetroAuto: Kereta Ikonik AC Ace dan Ace Bristol Kembali! Hampir RM1 Juta

Abang HirataBy Abang Hirata15/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
AC Ace Bristol

PADA 1901, John Weller dan adik beliau, Harry mengasaskan syarikat berkaitan kenderaan Weller Bros. di Norwood Barat, London. John Portwine masuk ke dalam syarikat sebagai pemegang saham dan menyumbang dari segi kewangan.

Pada 1903, Weller Bros. menghasilkan kereta pertama iaitu Weller dan pada tahun berikutnya tampil dengan kenderaan perdagangan tiga roda, Autocarrier.

Pada 1907 akronim AC digunakan buat pertama kali dan syarikat baharu dengan nama Autocarriers Ltd. ditubuhkan. Emblem AC dalam gaya Art Nouveau kekal digunakan dan menjalani beberapa perubahan kecil seiring dengan masa.

Syarikat terus berkembang termasuk pembelian saham oleh pelumba Selwyn F. Edge pada 1921. Weller dan Portwine meletakkan jawatan dalam tempoh setahun dan AC Cars Ltd. ditubuhkan pada 1922.

AC Ace Bristol

AC Cars turut bersaing dalam perlumbaan dan mencatatkan kejayaan besar. Pada 1953, syarikat melancarkan sebuah kereta yang kemudiannya memegangs status legenda dan ikonik iaitu AC Ace.

Badan diperbuat daripada aluminium sepenuhnya dan direka serta dihasilkan oleh Eric George Gray. AC Ace dihormati oleh peminat perlumbaan kerana praktikaliti harian dan prestasinya.

AC Ace ini lah yang dipasang enjin Ford V8 dan ditransformasi menjadi AC Cobra. Dengan sejarah yang panjang termasuk pemilik baharu, AC Cars kembali menghadiahkan kepada dunia permotoran AC Ace dan AC Ace Bristol baharu.

Kedua-duanya adalah produk dari bahagian AC Cars Classics yang baru ditubuhkan. Sejak 2022 lagi AC sibuk dengan kemunculan semula model ikonik dan pada Mac 2023 memperkenalkan AC Cobra GT Roadster.

AC Cobra GT Roadster 2024
AC Cobra GT Roadster 2024
AC Cobra GT Roadster 2024

Rekabentuk 2024 tidak kalah dan sekali pandang sudah tahu warisan yang dibawa. 2024 merupakan ulang tahun ke-70 penglibatan AC Ace dalam dunia perlumbaan dan bersaing hebat dalam 24 Jam Le Mans 1957 dan 1958.

Kejayaan datang pada 1959 apabila AC Ace Bristol menduduki tempat pertama kategori 2.0 liter GT dan tempat ketujuh keseluruhan di belakang enam buah kereta 3.0 liter.

AC Ace juga terkenal di Amerika Syarikat termasuk di kalangan pemilik persendirian dan mendominasi kategori Produksi E dan tiga tahun memenangi perlumbaan 12 Jam Sebring.

AC Ace Bristol (kiri) dan AC Cobra Mk2

Menggerakkan Ace moden ialah enjin 2.3 liter EcoBoost dari Ford dan menghasilkan lebih 300 bhp dan kira-kira 375Nm. Sistem ekzos ditala khas supaya menjadi hiburan buat pemandu.

Enjin dipadan bersama kotak gear manual enam kelajuan dan bayangkan ketangkasan kereta ini dengan badan sekitar 1,100 kilogram. Pecutan dari 0 sehingga 97 kilometer sejam (km/j) sekitar 4.6 saat.

Beza di antara keduanya, AC Ace Bristol Classic membawa wajah tersenyum (jeriji lebar) seperti model awal AC Ace manakala sebuah lagi mengambil pengaruh model kemudian dan diteruskan pada AC Cobra generasi pertama.

Rangka kereta atau bingkai casis dibuat daripada besi berongga tiga inci dan badan daripada gentian karbon. Rim ‘lidi’ gaya klasik saiz 15 inci.

Setiap kereta menggunakan nombor casis rasmi sebagai tanda produk AC tulen dan pewaris kepada model ikonik. Tempahan sudah pun dibuka dan penghantaran dijangka bermula pada awal musim panas 2025 (Jun – September).

Harga untuk AC Ace dan AC Ace Bristol Classic bermula daripada GBP£175,000 (RM986,905) termasuk VAT.

AC Ace AC Ace Bristol AC Cars
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.