Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Benz Motor-Velocipede 1894 Lakar Sejarah Automotif Sebagai Siri Kereta Pertama Dunia
Autotainment

#RetroAuto: Benz Motor-Velocipede 1894 Lakar Sejarah Automotif Sebagai Siri Kereta Pertama Dunia

Abang HirataBy Abang Hirata29/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMINAT kereta perlu kenal kereta ini, Benz Motor-Velocipede yang dikeluarkan pada 1894 sebagai siri kereta pengeluaran pertama di dunia yang dikeluarkan selepas Benz-Patent Motorwagen.

Pada Mac 2024, Benz Motor-Velocipede dikeluarkan buat kali pertama pada ulang tahun kelahiran yang ke-130 di kilang Mercedes-Benz di Sindelfingen, Jerman.

Lokasi itu juga menempatkan Factory 56 Mercedes-Benz yang dilengkapi pelbagai teknologi canggih. Selain pemasangan kereta, Mercedes-Benz turut menguji penggunaan robot humanoid untuk logistik pengeluaran.

Motor-Velocipede sebelum ini dipamerkan di Muzium Mercedes-Benz dan tahun ini peminat boleh melihat sendiri di beberapa acara terpilih. Sebelum itu, Motor-Velocipede disiapkan Pusat Klasik Mercedes-Benz di Fellbach.

Pada 1894, Benz Motor-Velocipede dengan binaan ringan melakar sejarah industri automotif. Dalam satu temu bual pada 1909, Karl Benz memaklumkan permintaan terhadap kereta ini begitu baik dan semua unit yang dikeluarkan habis terjual serta-merta.

Secara keseluruhan kira-kira 1,200 unit siri model tersebut dikeluarkan dari kilang Benz di Mannheim dari 1894 hingga 1902. Model ini secara ringkas dipanggil Velo dan menjadi siri kereta penumpang pengeluaran pertama dunia.

Sebelum itu Benz tampil dengan Motorwagen yang dianggap secara meluas sebagai kereta moden dan praktikal pertama dikeluarkan.

Merujuk kepada Benz & Cie pada 1894, Velocipede mempunyai enjin yang mampu menghasilkan 1.5hp. Dua tahun kemudian, katalog yang memaparkan kelajuan sekitar 20kmj dan boleh melalui kecuraman hingga 10 peratus atas permukaan jalan yang baik.

Harga kereta 2,000 marks dan lengkap dengan pelbagai perkakasan terbaik, termasuk lampu. Tidak statik, inovasi bergerak pantas dan bermula 1896 Benz menawarkan enjin lebih berkuasa dan piilhan perkakasan tambahan. Velocipede dikeluarkan hingga 1900, manakala Comfortable hingga 1902.

Sebagai varian mewah Velocipede, Benz Comfortable menggunakan badan lebih panjang, gear ketiga tanpa kos tambahan, balutan kerusi lebih baik dan kerusi kanak-kanak menghadap belakang.

Turut dibekalkan engkol untuk menghidupkan enjin dengan lebih mudah dan pelanggan turut ditawarkan tayar pneumatik (boleh dipam).

Selain badan dan ciri, kuasa enjin silinder tunggal 1.0L dengan roda tenaga menegak dipertingkat daripada 1.5 hp (Benz Velo 1984) kepada 4.5hp (Benz Comfortable 1902, foto atas).

Dalam tempoh 1901 hingga 1902, output kuasa melonjak 28.5 peratus daripada 3.5hp. Siri Velocipede juga berjaya di pasaran eksport melalui katalog yang menggunakan bahasa Jerman, Inggeris dan Perancis bermula 1901.

Di Perancis, Velo dipasarkan sebagai Éclair (kilat). Satu lagi fakta menarik, program pelesenan kereta sudah bermula lebih 100 tahun lalu.

Pada 1895 Benz memberikan lesen kepada syarikat kejuruteraan British, Arnold untuk mengeluarkan Motor-Velocipede yang mana Arnold Motor Carriage menjadi satu daripada kereta terawal Britain.

Benz & Cie. Benz Motor Benz Motor-Velocipede Karl Benz Mercedes-benz Retro Auto Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Audi RS 3 Competition Limited 2026
    Roda4

    Audi RS 3 Competition Limited 2026 – Model Edisi Terhad Rai 50 Tahun Enjin 5-Silinder

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.