• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Remaja Maut, Wira Terbabas Langgar Pokok di Gua Musang

Remaja Maut, Wira Terbabas Langgar Pokok di Gua Musang

June 20, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG remaja maut apabila kereta jenis Proton Wira yang dipandu terbabas melanggar sebatang pokok di Felda Aring 10, Gua Musang, Kelantan, semalam.

Insiden berlaku jam 5.50 petang itu melibatkan mangsa, Muhammad Izzat Dunya, 20, yang meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Pegawai Bomba Kanan II, Azman Shamsudin berkata, bomba menerima panggilan kecemasan jam 5.55 petang dan bergegas ke lokasi untuk kerja menyelamat.

Mangsa didapati tersepit di kerusi pemandu dan dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba sebelum disahkan Kementerian Kesihatan meninggal dunia di tempat kejadian.

Operasi melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang bersama satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan.

Operasi menyelamat berakhir jam 7.27 malam dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Gua Musang, Kelantan, kemalangan jalan raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my