Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
Auto Terkini

RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam26/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

RCB rai ulang tahun ke-30 di pasaran Malaysia

JENAMA aksesori motosikal tempatan, RCB menyambut ulang tahun ke-30 pada Ogos ini dengan melancarkan Koleksi Edisi Terhad 30 Tahun dan kempen cabutan bertuah bernilai hingga RM200,000 kepada peminat jenama itu.

Ditubuhkan pada 1995 sebagai jenama tempatan, RCB kini sudah menembusi pasaran global dengan mendapat sokongan komuniti penunggang dan penglibatan dalam sukan permotoran.

Koleksi Edisi 30 Tahun: Lebih Premium, Lebih Eksklusif

RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30

Sempena ulang tahun bersejarah itu, RCB memperkenalkan Koleksi Edisi Terhad 30 Tahun yang direka khas untuk model popular seperti Yamaha NMAX, NVX, Vario 150, 135 LC dan Y15.

Menampilkan kombinasi warna ikonik merah-hitam, kemasan titanium dan elemen rekaan khas, koleksi itu memberikan gaya berbeza kepada penunggang yang mahu tampil lebih eksklusif.

RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30

Beberapa komponen premium menjadi tumpuan ialah Flow-Pro Series, S-3 Line, kaliper brek S26 dan R1, serta brek utama S1-FCL. Koleksi itu juga hadir dengan helmet edisi terhad untuk melengkapkan gaya penunggang RCB.

Cabutan Bertuah RM200,000 untuk Peminat Setia

RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30

RCB turut mengadakan Kempen Cabutan Bertuah sebagai penghargaan kepada komuniti. Antara hadiah lumayan ditawarkan ialah Yamaha XMAX Edisi RCB, iPhone 16 Pro Max, iPad Air M3 dan ratusan barangan eksklusif lain bernilai keseluruhan lebih RM200,000.

Cara penyertaan adalah membeli produk edisi terhad 30 tahun RCB, dan seterusnya menggores serta mengimbas kod QR pada kotak produk dengan mengisi perincian disediakan. Pemenang akan diumumkan pada media sosial @RCB.Global, e-mel atau mesej WhatsApp.

Dari Malaysia ke Dunia: Langkah Lebih Jauh

RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30

Sejak 2004, RCB aktif bersama TWMR dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia yang menyokong bakat muda tempatan di litar lumba. Kini, dengan pembukaan Pusat Inovasi di Malaysia dan pejabat baharu di India, RCB bersedia mengukuhkan kedudukan di pasaran global.

Selain itu, 2025 menyaksikan penyertaan RCB dalam dua pameran motosikal terbesar dunia, iaitu Pameran Motosikal China (CIMA) di China pada September dan Pameran Motosikal Milan (EICMA) di Itali (November) sebagai platform penting memperkenalkan produk jenama itu kepada komuniti antarabangsa.

Inspirasi Tiga Dekad

RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30

Sambutan ulang tahun kali ini bukan sekadar menoleh ke belakang, tetapi langkah besar ke depan. RCB menegaskan komitmen menghasilkan produk lebih baik yang memenuhi kehendak penunggang moden dan kekal relevan dengan teknologi terkini.

Keutamaan kami adalah terus berinovasi dan memahami keperluan penunggang. Tiga dekad sudah berlalu, dan kami yakin 30 tahun akan datang lebih gemilang.”

– Bruce Lee, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan MKA

RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
RCB rai ulang tahun ke-30
30YearsWithRCB aksesori Aksesori motor Auto Terkini Koleksi Edisi Terhad RCB 30 Tahun RCB RCB 30th Anniversary Ulang Tahun RCB ke-30
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Triumph Daytona 660 2026 – Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    18/03/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

    18/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.